Drama Cinta Bukan Kristal Tv3 (Sinopsis)

Drama bersiri Cinta Bukan Kristal yang bakal mengisi slot Akasia TV3 yang menggantikan drama "Benci Bilang Cinta" jom baca sinopsis ringkas dan pelakon yang membintangi drama ini

Drama Cinta Bukan Kristal

Sedikit ringkasan berkaitan drama ini ianya mengisahkan mengenai Aryana (Ayda Jebat), yang merupakan gadis kampung berkeinginan untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya. 

Bermula saat uty Aryana mula mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan mengubah penampilan dirinya. Dia bertemu dengan Adrian Hilman (Sharnaaz Ahmad)  semasa  Aryana bekerja sebagai setiausaha Dato Manan. 

Disebabkan terpikat dengan paras rupa serta, kesempurnaan kehidupan yang ada pada Adrian Hilman, Aryana tekad untuk mendekati/berkenalan dengan lelaki itu biarpun dia tahu yang Adrian Hilman sudah beristeri.

Adrian suami yang sangat baik dan setia terhadap isterinya, Sofea Darlina (Nina Iskandar) dan bapa yang penyayang kepada anaknya Danisya dan Hakim. Namun, Sofea dapat menghidu akan tindak tanduk suaminya sedang bermain cinta dengan gadis muda Aryana.  Adakah kebahagiannya keluarganya akan hancur begitu saja? nantikan..

JUDUL : CINTA BUKAN KRISTAL

JUMLAH EPISOD : 28 episod

TARIKH TAYANGAN : 8 Ogos 2018

WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam

SIARAN TV : Slot Akasia TV3

PENULIS SKRIP : Anina Sahal, Nana Khalil, Shuhdatul Ain, Siti Solehah

PENGARAH : Shuhaimi Zulkefli

TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd

WATAK PELAKON

Sharnaaz Ahmad sebagai Adrian Hilman

Ayda Jebat sebagai Aryana

Nina Iskandar sebagai Sofea Darlina

Raja Afiq sebagai Syafiq

Dayana Roza sebagai Ika

Nazrief Nazri sebagai Faiz

Ayu Raudhah sebagai Mak Su Faridah

Fauziah Nawi sebagai Opah Timah

Farzana Latiff sebagai Danisya

Syed Muhammad Irfan sebagai Hakim

Doria Rachel Jolly sebagai Edrina

Esma Dainal sebagai Dato Manan

Hazman Al-Idrus sebagai Ali

Amanda Misbun sebagai Syira

Bella Nazari sebagai Laila

LAGU TEMA / OST

Sufian Suhaimi - Di Matam