Welcome to Cleveland, Lelaki Ini ‘Prank’ Penumpang Kapal Terbang

Tinggal berhampiran dengan lapangan terbang, lelaki ini mempunyai idea lucu untuk bergurau dengan penumpang kapal terbang.

Tinggal berhampiran dengan Lapangan Terbang  Milwaukee’s Mitchell, Mark Gubin mempunyai idea yang menarik untuk mengenakan penumpang kapal terbang. Setiap kali pesawat hendak mendarat, penumpang pastinya terkejut dengan perkataan ‘Welcome to Cleveland’.

Idea untuk kenakan penumpang kapal terbang ini datang pada satu hari ketika dia sedang minum kopi diatas bumbung kediamannya. Pada masa itu dia mula perasan, kapal terbang selalunya akan terbang rendah untuk melakukan pendaratan.

Bergurau dan mencetuskan keraguan kepada penumpang, dia mempunyai idea untuk mengecat bumbung rumahnya dengan warna hitam dan menulis perkataan ‘Selamat Datang Ke Cleveland’.

Baca: Pengunjung tertipu dengan Cermin Mata Di Pameran Seni

‘Prank’ menjadi apabila ramai yang ragu dan mula berfikir bahawa kapal terbang tersalah laluan. Bekas jurugambar ini  mengaku, sebenarnya dia hanya ingin bergurau dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada siapa sahaja yang datang ke situ.

Ok, ‘Welcome To Cleveland’. Haha

Share² lah yerr..

Leave a Comment