Van Chevrolet Lama Diubahsuai Menjadi Studio Filem Yang Cool!

Satu lagi rekaan rumah bergerak yang sangat menarik! Walaupun nampak kecil, ia sebenarnya sudah cukup sempurna.

Rumah mobil atau rumah bergerak ini sangat popular digunakan oleh mereka yang gemar mengembara. Satu kombinasi terbaik untuk anda bergerak dalam masa yang sama mempunyai penginapan untuk berehat.

Selepas itu, wujud pula idea pejabat bergerak yang membolehkan anda untuk bekerja dimana-mana yang anda suka dan kali ini kita lihat pula idea pengarah muda  Zach Both. Dia memilih untuk mempunyai sebuah rumah dan pejabat peribadi bergerak sendiri.

Berkecimpung dalam bidang perfileman, sudah tentu memerlukan studio filem sendiri untuk bekerja. Menghasilkan sesuatu idea yang lebih menarik, dia mengubahsuai sebuah van Chevrolet lama menjadi studio peribadinya sekaligus boleh dijadikan tempat untuk berehat. Memang cool betul.

Kami tak nak anda terlepas idea-idea menarik seperti ini, jika anda juga berminat untuk mempunyai kedai, pejabat, ataupun rumah bergerak seperti ini, anda boleh lihat hasil kerja oleh Zach Both untuk dijadikan sebagai rujukan. 

Tiruvasi.

Maklumat lanjut: Zach Both

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Comment