Apa Itu UEC Maksud Dan Infomasi Pengiktirafannya Di Malaysia 2020

Ini adalah ringkasan penerangan bekaitan uec maksud serta pengiktirafannya di Malaysia dan peringkat nasional.

APA ITU UEC Maksudnya?

Ringkasan Uec Maksud Pengiktirafan Dasar Tahap dalam bentuk infografik pendek

uec maksud

Pengenalan UEC Maksud & Sejarah

UEC maksudnya Unified Examination Certificate atau pun Sijil Peperiksaan Bersama merupakan peperiksaan yang di urus tadbir oleh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Dong Zong atau dikenali juga sebagai United Chinese School Committee Association Malaysia (UCSCAM). Bebeza dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dikendalikan sepenuhnya olehk kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

UEC telah diperkenalkan sekitar tahun 1975 & ianya merupakan peperiksaan yang diselaraskan bagi sekolah-sekolah tinggi bebas cina seluruh Malaysia.

Pembentukan sijil UEC ini adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan di dalam “Chinese Independent High Schools Proposals”. Di dalam penggubalan cadangan itu, pelajar perlu mengikuti kurikulum yang diselaraskan dan menduduki peperiksaan kelayakan UEC sebelum menamatkan pengajian.

Peringkat Yang Ada Pada Sijil Tersebut

UEC terbahagi kepada tiga peringkat sukatan iaitu

  • Junior Middle (UEC-JML)
  • Vocational (UEC-V)
  • senior middle (UEC-SML).

Terdapat sejumlah 60 buah sekolah tinggi bebas cina di seluruh Malaysia yang terlibat dalam dasar pembentukan UCSCAM ini & 23 daripadanya terletak di semenanjung Malaysia.

Bahasa Pengatar Sekolah Tersebut

Setelah menamatkan pengajian di peringkat rendah, segelintir pelajar dari sekolah jenis kebangsaan (cina) memilih untuk meneruskan pengajian menengah di sekolah tinggi bebas cina ini. Bahasa pengantaraan yang digunapakai di sekolah adalah bahasa mandarin tetapi masih menekankan kepentingan bahasa melayu dan inggeris dalam pembelajaran yang diterapkan.

Tempoh Pembelajaran Untuk Ambil UEC

Di sini pelajar perlu menghabiskan pengajian selama 6 tahun bagi melayakkan mereka menduduki peperiksaan ini. Bagi memperoleh sijil UEC, pelajar perlu menjalani dua fasa pembelajaran

  • Fasa pertama pelajar akan ditempatkan di Junior Middle selama tiga tahun dan tiga tahun lagi di Senior Middle
  • Fasa kedua Pelajar perlu mengambil UEC sebaik menamatkan fasa pertama & kedua.

Pelajar Yang Gagal UEC

Bagi pelajar yang gagal dalam peperiksaan UEC ini, mereka perlu mengulang semula tahun akademik pada tahun berikutnya dan pelajar yang gagal dalam UEC selama dua tahun berturut-turut akan diberhentikan. Tidak seperti di sekolah-sekolah yang diiktiraf kerajaan Malaysia yang lain, pelajar masih layak meneruskan ke peringkat berikutnya tidak bergantung kepada gred yang diperoleh.

Pengiktirafan Sijil UEC Di Dunia & Malaysia

Sijil UEC ini telah diiktiraf sebagai sijil kelayakan bagi kemasukan ke pelbagai institusi-institusi terkemuka di luar negara termasuklah di United Kingdom, United States, Hong Kong, China, Taiwan, Australia, Singapore, Kanada & lain-lain lagi.

Walaubagaimanapun, sijil UEC masih belum lagi mendapat pengiktirafan oleh kerajaan Malaysia untuk membuat sebarang permohonan UPU oleh kerana masih belum memenuhi kriteria-kriteria yang termaktub di dalam Akta Pendidikan Negara (Akta 550) sebagai sijil kelayakan ke Universiti-universiti Awam di Malaysia.

Namun, terdapat juga institusi swasta dalam negara yang menerima sijil UEC sebagai syarat kemasukan.

Matapelajaran Di Chinese Private School

Bagi pelajar yang mengikuti pengajian di sekolah tinggi bebas (cina) ini, mereka juga diajar dengan matapelajaran yang sama seperti di sekolah-sekolah lain seperti sains, matematik, seni dan juga commerce.

Namun sekolah-sekolah ini menggunakan bahasa cina di dalam buku-buku teks yang digunakan, namun kini kebanyakannya telah menggunakan bahasa inggeris sebagai medium pengajaran bagi subjek bukan bahasa.

Itu saja perkongsian ringkas berkaitan uec maksud dan pengiktirafannya di Malaysia dan juga luar negara. uec maksud

Rujukan