Resepi Udang Galah Cheese

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat udang galah bakar versi tabur cheese, rasanya mememang padu, tak percaya boleh cuba.

Cara Buat Udang Galah Cheese

Cara Buat Udang Galah Cheese

Sebagai seseorang yang gemarkan udang galah, mungkin anda ingin mencuba pelbagai jenis masakan udang galah. Sebelum ini, kami kongsikan resepi udang galah bakar. Kali ini kami kongsikan resepi udang galah cheese pula. 

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk memasak resepi ini.

Bahan-bahan:

– Udang galah
– Butter
– Mozarella Cheese
– Lada putih atau lada sulah
– Lada hitam
– Bawang putih (ditumbuk)
– Garam
– Serbuk Daun Pasley

Cara-Cara:

– Belah udang galah dibahagian belakang hingga ke kepala.
– Kemudian, campurkan butter, cheese, lada putih, bawang putih dan garam.
– Sumbatkan campuran cheese tadi dibelakang udang yang dibelah tadi.

– Susun dalam dulang pembakar atau dalam pemanggang ajaib.

– Tabur dengan daun pasley dan lada hitam.
– Bakar dalam oven dengan suhu 150-170 selama 20-30 bergantung kepada oven masing-masing. 
– Jika bakar dalam pemanggang ajaib, hingga naik bau.

– Nak tau masak ke tak, udang berwarna merah dan cheese cair dan meleleh.
Jangan terlalu lama, nanti cheese boleh hangus.

Rujukan :

– Cikgu Rox 

Share² lah yerr..

Leave a Comment