Perkara Yang Kita Perlu Tahu Untuk Trip Caravan/Motorhomes Di New Zealand.

RM3500 (PER PERSON. FOR 5 PERSON) untuk 14 hari mengelilingi North Island, New Zealand.

Hello! Tadi ada terbaca sorang member share pasal problem trip kat New Zealand. Haaa. Meh abang bagi pendapat sikit. Aku takde lah selalu pegi New Zealand. Hari tu pun first time pegi dengan family aku. Post ni ada potensi untuk jadi sangat panjang. So sediakan la Nescafe di sisi anda.

Pegi vacation ni kira macam trend arr sekarang. Semua orang nak gi cuti, tapi first kena check tujuan bercuti tu. Nak rehat ke, Nak gi sight seeing ke, nak gi hiking ke, nak gi mancing ke, nak gi honeymoon ke atau lain2. So kite lebih menjiwai dan menghargai trip tu.

Kalau macam nak jalan2, without semak kan otak dengan aturan tempat tido, makanan, dan aktivity, baik pegi cuti style makcik makcik. Pakai tour company.

Tapi yang bole harap dan bole dipercayailah. Yang ramai orang pakai/booked thru online. Paling penting banyak review dari customer dari seluruh dunia. Memang la mahal.

Kalau takde duit, duduk umah woi. Jangan gi jalan2. Kalau nak pegi jalan2 pun, pegila Port Dickson ke ape ke. Bodoh diri sendiri la kalau decide nak pakai company yang company tu sendiri gebang pasal business die kat online.

Susah kalau pakai company yang tak ikhlas dalam penyampaian maklumat dalam website. Tour company ni di pilih melalui service dan maklumat yang tepat dari peringkat awal lagi. Mase booking online tu, customer nak tengok mane kau bawak jalan2, tido kat mane, makan malam makan ape. Pastu takde hidden charges.

Senang. Lagi ikhlas dalam penyampaian maklumat, lagi senang pelanggan nak percaya dan guna service tu. Ni gebang je lebih, baik tak payah. Kalau setakat post gambar cantik2, happy2, makcik aku pun bole buat.

Kalau jalan2 dengan kawan2 sebaya ni lagi lah best. Plan sikit2 je. Cukup sekadar plan perbelanjaan. Baru lah adventure. Ni nak jalan2 dengan member 4 orang, pegi ikut tour, pastu letak hastag “Wanderlust”. Come on. Ok. Sudah dengan semua ini. Meh aku share trip aku kat New Zealand hari tu.

Kalau nak pegi Motorhome trip kat New Zealand, sekarang dah sangat lah murah. Air Asia kan ade. Fly sekali setiap hari. Sempoikan? Paling mahal RM2000. Kalau nak di bandingkan dengan harga nak gi New Zealand dulu dengan sekarang, mmg jauh sangat beza dia. Tapi kalau korang pandai, ade cara lagi murah. Tapi kene layan lay over/transit kat Sydney.

Please ingat yang trip aku pegi hari tu, ade 4 family yang ikut. Family aku paling ramai iaitu 5 orang. Parents aku and aku mmg dah decide untuk pegi layan sight seeing ngan gi tgk tempat Lord Of The Ring sahaja.

Tak pakai tour guide. Semua tempat yang pegi adalah dengan research dari New Zealand Tourism semata mata. Yang kitaorng plan hanye lah nak tido mane malam tu, itu sahaja. Kitaorng decide untuk tak buat activity yang menggunakan duit. Tapi family2 lain tu buat la.

So win win. Diaorng banyak gambar activity, family aku banyak gambar view. Mak bapak aku pun dah berumur dan tak larat nak buat aktivity2 ni. Mahal woi. Hobbit punye tempat tu nak masuk pun dah NZD78 per person = RM216!! Kalau korang mampu, alhamdullillah bagus la.

Kalau tak, ukuran baju badan sendiri lah beb. Kat bawah ni ialah breakdown harga kalau korang nak pegi buat trip motorhome untuk August ni. Disebabkan aku mmg penah belajar tourism dulu, ade la kawan2 aku yang suruh aku budget kan untuk diaorng. Enjoy. Kalau korang ade cara lagi murah, please by all mean kasi comment satu kali. Sharing kan Caring. Meh cium abang leher sikit.

14 hari korang bole cover hampir seluruh North Island. Depends kat mane korang nak pegi arr. Maybe ade yang tak suke pantai, maybe ade yang tak suke gunung or maybe ade yang suke tasik or sungai.

1. Flight KUL – AUK (RM1800) Per Person
Flight ni lame wei. 7 jam tu Gold Coast, then korang kene turun jap untuk rescan luggage, then sambung flight to Auckland for another 3 jam 30 minit. Pastikan handphone, Ipad, Tab dan power bank anda fully charged untuk hiburan tanpa had. Hahaha.

2. SIMCARD – (RM132) Per Phone
Keluar je dari airport custom terus nampak kedai Vodafone. Jangan pikir banyak. Beli je 3GB data sim card. 14 hari tu more than enough kalau nak pakai Internet 3GB

3. AIRPORT GATEWAY HOTEL – (RM140) Per Person Per Room Per Night
Flight akan sampai Auckland pukul 4-5pm. So tempat nak amek caravan/motorhomes ni semua selalunye tutup pukul 4:30pm. Baik tido hotel dulu satu malam. Hotel ni yang aku tido hari tu. Die special sebab die ade Quad bed. Pastu tambah satu extra bed. And die dekat dengan 3 of the biggest caravan rental company. Company caravan tu pun more than happy nak amek korang dari hotel untuk pegi office diaorng keesokan harinye.

4. MOTORHOME RENTAL – (RM2710)
Ok. Ni panjang sikit. Mase aku kat sane, aku pakai Apollo Campers. Die ade banyak, and kalau tak silap aku, Apollo ni paling mahal, tapi die takde hidden charges. Rental motorhome ni sebenarnye tak mahal. Tapi die banyak benda2 penambahan yang die memang dah letak kat online and aku rase benda tu mmg penting kene ade. Harga Rental ni termasuk, 
– Motorhome Rental for 14 days
– Road Insurance (Dia cover 2 tayar, semua cermin dan semua perabot dalam motorhomes tu. And kalau ade problem, 24 hours maintenance team on call.)
– 2 16kg gas
– 4 kerusi dan meja
– 8 toilet liquid (ni penting nak mampus sebab kene ade dalam toilet all the time),
– TAX!!!!
– Kalau nak GPS, harga die NZD25 sehari. Jangan risau. AKu pakai WAZE je mase kat sane. Mudah!

So mase korang amek vehicle nanti, korang just kene letak deposit NZD250.00. Die akan deduct kalau korang ade saman ke or accident atau kerosakan di luar dari insurance policy yang die dah bagi. Takde hidden charges. Semua die dah letak dalam website. And always remember, no cash transaction ye. Credit card sahaja. One more thing, kalau keta korang diesel, die akan charge “Diesel Tax”. Lain company lain harga so please check benda tu awal2. Apollo Camper ni die charge satu kilometer NZD 0.06 sen. Aku jalan 1200km and die charge NZD88.00. Dia hanya akan charge mase korang hantar balik vehicle tu.

5. FOOD (RM200) PER PERSON
Jangan jado bodoh! Makanan kat New Zealand mahal bang. Fish n Chips pun dah dekat RM30. Jangan malas! Masak! Harga ni aku kire dengan barang2 yang standard kita bole beli setiap hari. Die ade wet market tapi kena cari yang asian punye wet market. Ade cili padi, serbuk cili, cili giling, rempah kari. Eh, macam2 lah. Ikan kat wet market die fresh and size die besar. Aku beli ikan Siakap 2 ekor, seekor 1kg lebih, baru NZD 8. Sayur die murah hilang akal. Di sebabkan motorhomes tu mmg ade fridge, so korang bole la beli untuk stock 2-3 hari. Beras plak kat Pak n Save (Macam Tesco) 5kg baru 8 dollar. 5kg tu berapa ramai bole makan. So rilek sudah. Lain2 tu bole je beli dari Malaysia. Contohnye sardin, maggi, dan ape2 je la dalam tin, mmg bole bawak. Breakfast selalunye aku minum kopi ke tea ke pastu makan roti dengan telur. Lunch kasi masak nasik, goreng ikan, buat sup sayur ngan telur dadar. Malam masak sambal sardin, telur dadar ngan curry ke ape ke. Kalau malam tu ade nasik extra, esok masak nasi goreng sudaaaaah. Kalau nak tangkap ikan pun bole. Lagi saving!

6. HOLIDAY PARK (RM371) PER PERSON
Holiday park ni sangat la penting. Holiday Park ni ialah tempat korang parking vehicle tapi berbayar. Die ade banyak. Ade KIWI, TOP 10 and banyak lagi la. Kat sane mmg banyak tempat bole overnight untuk caravan, campervan ngan motorhomes yang free. Tapi nasihat aku, 2 malam sekali mmg kene tido kat Holiday Park. Die kena bayar sebab:
– die ade banyak facilities yang kite bole guna. Contohnya, toilet, shower, kitchen,laundry, tv room, ngan vending machines. Ada setengah holiday park siap ade spa lagi.
– Die ade main power point. Penting sebab kalau vehicle korang tak attach dengan power point, TV, Microwave, plug points semua tak bole on. So senang korang nak charge barang electronics.
– Clean water access. Semua air yang korang guna dalam vehicle tu kene refill. Korang guna untuk toilet, sink, mandi semua tu kene refill balik.
– Dump Point. Penting nak mampus. Semua benda yang korang simpan dalam tank lepas guna toilet ngan sink, semua kene buang kat dump point. Of course ade tempat yang korang bole buang for free tapi lagi senang buat kat Holiday Park.

7. DIESEL (RM150) PER PERSON
Ni bergantung kat vehicle yang korang bawak. Since harga ni untuk trip 5 orang, so ni mmg untuk motorhomes yang besar. Harga minyak die bertukar2. Depends kat tempat kot. Aku pun tak sure. Motorhome selalunye pakai Diesel. Diesel seliter dalam NZD0.98 sen. Full tank aku boleh jalan 3 hari long distance. Full tank die dalam NZD45.00. So kira2 die lebih kurang macam ni la.
14 hari trip which means, kene isi full tank 3 hari sekali. So kene isi 6 kali termasuk mase nak hantar vehicle tu and just in case full tank refill. 6 X NZD45.00 = NZD270.00 and convert dengan RM2.77 and bahagi 5 orang = RM150. Petrol i tak tau. Maaf! Hahaha.

So thats it. Murahkan. Lagi skali aku nak stresskan kat sini, ni ialah estimation harga kalau korang nak pegi bulan August nanti termasuk dengan TAX! Kalau nak pegi South Island, di mana lebih hebat tempat die, akan mahal sikit je. Dalam RM200 – RM300. Aku bukan meniaga ok. Ni harga untuk rujukan semua orang (lebih kurang la). Semua orang bole pegi New Zealand. Puas hati kot. 14 hari jalan2 keliling North Island. Ape lagi Malaysian mahu kan? Kalau korang ade cara lagi murah pls la share. Aku nak tau gak. Lagi saving lagi best. Ni aku share sket gambar yang sempat aku amek mase kat sane.

1. Maungataururu Sunset Lookout Point

1. Maungataururu Sunset Lookout Point

2. Rotorua KIWI Holiday Park

2. Rotorua KIWI Holiday Park

3. Tongariro National Park

3. Tongariro National Park

4. Tongariro National Park

4. Tongariro National Park

5. Takapuna Beach

5. Takapuna Beach

6. Manukau Holiday Park

6. Manukau Holiday Park

7. Coromandel Beach

7. Coromandel Beach

8. Rotorua – Taupo Rest Point

8. Rotorua - Taupo Rest Point

9. Taupo – The Great Lake

9. Taupo - The Great Lake

10. Tongariro Lookout Point

10. Tongariro Lookout Point

11. Waitomo KIWI Holiday Park

11. Waitomo KIWI Holiday Park

12. Manukau – Weimouth Park

12. Manukau - Weimouth Park
Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of