Rekaan Menarik Topi Keledar Berbentuk Seperti Kepala Kucing

Peminat kucing pasti suka dengan rekabentuk topi keledar ini. Bukan sahaja mengutamakan keselamatan, malah topi keledar ini juga membuatkan anda kelihatan lebih bergaya.

Inilah rekabentuk topi keledar paling comel pernah kami lihat. Cool  bukan? Topi keledar bergaya ini dikeluarkan oleh syarikat Nitrinos motostudio dari Rusia. Bukan sahaja mengutamakan keselamatan pengguna,topi keledar ini juga dilengkapi dengan ciri ciri khas.

Seperti yang anda lihat, Topi keledar berbentuk seperti kepala kucing ini mempunyai sepasang telinga diatasnya,ia berfungsi sebagai lubang udara untuk menyejukkan kepala dan memberi lebih keselesaan untuk penunggang motosikal.

Jika berlaku kemalangan, telinga kucing ini akan tercabut secara automatik supaya tidak membahayakan pengguna. Ia juga sangat kukuh asalkan penunggang masih lagi dibawah kelajuan 100 kilometer sejam!

Dikenali dengan nama “Neko Helmet“, topi keledar ini hadir dengan pelbagai corak dan 12 pilihan warna menarik. Dijual pada harga serendah $495 usd kira-kira RM2030.00 sepasang.

Leave a Comment