Tips Temuduga Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menghadapinya

Tips temuduga ini sudah biasa diperingatkan kepada mana-mana orang yang akan menghadapi sesi temuduga di mana-mana sahaja organisasi. Namun, satu daripada tips ini unik, sangat subjektif dan jarang ditemui.

Anda mungkin gagal temuduga jika ambil ringan perkara yang satu ini. Teruskan pembacaan.

Tip 1: Datang Awal

Datang awal bermaksud bukan sahaja tiba awal di pusat temuduga, malah telah membuat persiapan awal dan cukup sebelum menghadiri temuduga. Pastikan juga semua dokumen berkaitan seperti kad pengenalan, semua sijil, lesen memandu dan semua dokumen sokongan dibawa bersama.

Imej: independent.co.uk

Tips 2. Pakaian Kemas

Ini juga persiapan wajib.Jangan nampakkan anda individu selekeh atau tidak terurus. Ini termasuklah memakai baju lengan panjang dan berseluar panjang dengan warna sesuai serta bergosok, kasut berkilat dan rambut serta misai yang rapi.

Tips 3: Tatacara Masuk Bilik Temuduga

Di sinilah kebanyakan mereka yang hadir temuduga, gagal. Setelah mengetuk pintu bilik temuduga, pastikan anda hanya masuk jika diminta berbuat demikian. Jangan gopoh. Kadang-kdang penemuduga sengaja mahu melihat disiplin diri anda.

Tips 4: Cara Menjawab Temuduga

Pada peringkat ini, apa paling penting ialah kawal nafas anda. Jangan biarkan diri anda dikwal rasa gugup melampau. Jawablah semua soalan penemuduga dengan tenang serta jelas. Penemuduga tidak bertujuan mendera anda, sebaliknya mereka hanya mahu tahu siapa dan bagaimana anda.

Imej: inc.com

Tips 5: Ketika Keluar Bilik Temuduga

Jangan anggap peringkat ini sangat mudah dan anda perlu secepat mungkin keluar dari bilik temuduga. Di sini sekali lagi penemuduga mahu melihat tahap disiplin anda. Jadi, keluarlah dengan tenang setelah mengucapkan terimakasih serta memberi salam kepada penemuduga.

Imej: innovostaffing.com

Mudah-mudahan semua tips ringkas ini bermanfaat untuk anda. Perhatikan tahap tertentu, terutama ketika mahu masuk bilik temuduga dan keluar dari bilik temuduga.

Kadang-kadang, dalam sesetengah kes, anda mungkin gagal temuduga bukan kerana gagal menjawab soalan penemuduga secara memuaskan, tetapi kerana disiplin dan kegopohan anda ketika bergerak masuk serta keluar bilik temuduga.