Tips Simpan Duit: Amalkan Ini, Tidak Mustahil Anda Akan Kaya Raya

Tips simpan duit ini akan mendedahkan bagaimana kemampuan dan kejayaan menyimpan wang bukan semata-mata kerana faktor pendapatan tinggi.

Ramai individu berpendapatan tinggi masih gagal menyimpan, sebaliknya mereka yang berpendapatan seadanya lebih mampu menyimpan duit dalam jumlah yang menggalakkan. Mengapa?

Menyimpan duit sebenarnya sejenis kemahiran dan pengetahuan yang tidak semua orang ada dan kuasai.

Berikut ialah beberapa tips simpan duit yang anda boleh amalkan, seterusnya menjadikan anda seorang yang bebas dari segi kewangan atau bebas daripada belenggu hutang.

Imej: greenerideal.com

1. Tetapkan Matlamat Kewangan. Mulakan dengan menetapkan berapa banyak yang mahu anda simpan dan dalam tempoh berapa lama. Masukkan sekali matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Malah, menjangkau ke fasa persaraan.

2. Teknik Tidak Sedar. Ini membabitkan teknik arahan pemotongan automatik (auto-deduction) di mana-mana bank atau institusi kewangan, iaitu sebahagian pendapatan kita disetkan untuk dipotong setiap bulan. Dengan cara ini, kita tidak sedar lama kelamaan wang itu sudah terkumpul dalam amaun yang banyak.

Imej: says.com

3. Hapuskan Hutang. Sebelum melangkah jauh dalam usaha menyimpan banyak wang, langkah pertama ialah cuba hapuskan semua hutang sedia ada secara berdikit-dikit. Semakin cepat anda berjaya melangsaikan semua hutang berkenaan semakin cepat anda dapat mulakan usaha menyimpan lebih banyak duit.

4. Buat Rekod Kewangan. Mungkin selama ini anda remehkan rekod kewangan. Malah, anda mungkin tidak pernah mempunyainya walaupun satu. Jadi, sekarang adalah masanya. Wujudkan satu rekod lengkap. Anda boleh gunakan pelbagai aplikasi Android untuk membantu mengemas kini rekod kewangan anda. Ini akan membantu anda mencapai kejayaan lebih cepat dalam usaha menyimpan lebih banyak duit.

Imej: gobankingrates.com

5. Kawal Perbelanjaan Anda. Belajar untuk mengawal perbelajaan peribadi dan keluarga. Sentiasa fikirkan cara-cara yang terbaik supaya anda sentiasa dapat mengawal perbelanjaan. Ini termasuklah dengan memasak di rumah dan mengelak  membeli di kedai biasa berbanding di premis mahal dan berprestij.