7 Tips Kurus Menerusi Senaman, Makanan dan Cara Tradisional

Tips kurus, bagaimana hendak kurus dengan cepat, ini adalah cara-cara yang boleh anda lakukan.

Tips kurus boleh ditemui di banyak sumber bacaan. Anda boleh berusaha berpandukan tips kurus berkenaan. Ia tidak semesti mudah, tetapi tidak mustahil. Sama ada menerusi senaman, makanan atau cara tradisional, anda boleh temui pelbagai tips kurus.

Berikut ialah tujuh tips kurus yang biasa diamalkan menerusi senaman, makanan dan cara tradsional.

Senaman

Ada pelbagai jenis senaman sesuai untuk kuruskan badan. Berikut antaranya.

Tips Kurus 1

Ia boleh dilakukan dengan cara senaman ringkas dan ringan, iaitu berjalan kaki (jogging), tetapi pada peringkat permulaan perlu elakkan melakukannya secara mendadak. Lakukan untuk kira-kira 20 minit. Berjalan kaki adalah aktiviti fizikal yang tidak memenatkan dan kebanyakan kita mampu melakukannya.

Imej: tribune.com.pk

Tips Kurus 2

Setelah terbiasa dengan aktiviti berjalan kaki, anda mungkin sudah boleh memulakan satu aktiviti fizikal yang lebih berat seperti bermain badminton, bola sepak atau apa saja sukan yang digemari.

Tips Kurus 3

Satu lagi aktiviti fizikal yang boleh membantu anda kurus ialah membuat lompatan tali skipping. Aktiviti ini boleh dilakukan di dalam rumah. Ia bukan sahaja mudah dan murah, malah mampu membakar lemak.

Makanan

Pilihlah menu makanan sihat mengandungi kadar protein tinggi. Ia bermanfaat untuk kuruskan badan anda.

Tips Kurus 4

Antaranya ialah dengan mengambil daging merah dan daging ayam. Lemak di dalam daging merah lebih rendah berbanding daging olahan. Daging ayam pula mengandungi kadar protein tinggi.

Imej: a1on.mk

Tips Kurus 5

Amalkan pengambilan susu serta produk olahan susu kerana kadar proteinnya sangat tinggi, tetapi pastikan daripada jenis susu rendah lemak dan kalori.

Tips Kurus 6

Kurma juga bermanfaat untuk kuruskan badan. Buah dari bumi Arab ini bukan sahaja enak, malah kaya dengan gula semulajadi serta sumber proteinnya sangat baik.

Cara Tradisional

Cara tradisonal biasanya lebih selamat dan bersifat alami atau berasaskan bahan semulajadi. Ia sudah diamalkan sejak lama dan terbukti berkesan.

Tips Kurus 7

Gunakan air asam jawa. Bahan alami ini baik untuk mengatasi masalah berat badan dengan meminumnya setiap hari bagi mengurangkan lemak dalam badan.

Imej: panduansaya.com

Tips Kurus 8

Satu lagi cara alami yang dapat membantu menguruskan badan ialah menggunakan dua biji lobak merah, sebiji mentimun segar dan sebiji limau nipis. Potong, kisar dan perah air lalu minum pagi dan malam.

Tips Kurus 9

Banyakkan minum air kosong. Ini amalan tradisional yang nampak ringkas, tetapi terbukti berkesan. Elakkan mengambil minuman berkarbonat.

Semoga bermanfaat. Sila amalkan tips kurus ini secara konsisten dan berdisiplin sehingga matlamat anda menguruskan badan, tercapai.

REAKSI ANDA?