5+ Tips Berdepan Dengan Suami Pemarah Yang Perlu Anda Ketahui

Lelaki pemarah atau panas baran selalunya mempunyai ego yang tinggi.

Kadang kala kaum lelaki sering menyalahgunakan egonya sehingga menyebabkan keruntuhan rumah tangga.

Lebih  menakutkan jika ada suami yang sanggup memukul isteri apabila berasa egonya tercabar di sebabkan oleh hal-hal kecil yang tidaksepatutnya menjadi punca perbalahan.

Fotokredit: couplestherapyinc.com

Lelaki yang bersifat pemarah biasanya tidakpernah rasa bersalah dengan tindakannya walaupun mampu melukakan hati isterinya.

Keadaan seperti ini pastinya menyukarkan bagi sesebuah perkahwinan apatah lagi, jika pasangan berdepan dengan masalah seperti kesuburan dan sukar menimangcahaya mata.

Sekiranya anda berada dalam situasi sebegini, anda perlu bijak mengatur strategi untuk berdepan dengan suami yang ego dan pemarah apabila diajak berbincang. Tindakan anda mendiamkan diri kerana takut dimarahi suami hanya membebankan lagi masalah tersedia ada.

Terdapat beberapa tips yang boleh di gunakan untuk menangani suami yang pemarah. Antaranya ialah:-

1. Elakkan berdebat jika suami anda  sedang beremosi kerana pada ketika ini diamungkin tidak mendengar apa yang anda perkatakan malah semakin mengamuk kerana egonya berasa  tercabar dan pada bila-bila masa sahaja tangannya mampu singgah di muka anda. Natijahnya, anda juga akanterikut-terikut menjadi mengamuk menyebabkan pertingkahan berlaku. Sebaiknya,lebih baik anda berdiam diri atau tidak memperdulikan dirinya terlebih dahulu.Tunggu emosinya stabil baru anda berbincang dengannya.

2. Ajaknya berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Lakukan saat kemarahannya telah reda. Gunakan kata-kata yang lembut dan berkias supaya tidak membangkitkan lagi kemarahannya. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun sebelum tidur atau pun selepas makan. Yang pasti pilih masa yang sesuai dan ketika moodnya dalam keadaan baik.

3. Salah satu sikap positif yang terdapatpada suami yang pemarah ialah sikap suka berterus-terang dan jujur mengenai apayang mereka suka ataupun tidak. Tapi sayangnya, cara mereka mengungkapkan sangatkasar dan bernada marah. Jadi elakkan daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti anda merahsiakan sesuatu daripadanya

4. Apabila suami memberi anda satu renungan yang tajam, anggaplah itu  sebagai satu kritikan untuk anda dan cuba baiki kekurangan diri anda. Tidak guna berkecil hati dengan kata-katanya. Walau mengalir air mata darah  sekalipun, si suami pemarah biasanya sukarmengubah pendapatnya dan baginya pendapatnya sahaja yang betul.

5. Individu yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi ataukeadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suarayang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Oleh itu, kaji latarbelakang suami anda untuk memahami tahap kemarahannya.

Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat kepada isteri yang mempunyai suami pemarah. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang menyebabkannya gembira dan sebaliknya yang membuatnya kesal dan marah supaya rumah tangga anda berduaberada dalam keadaan harmoni disamping suami menjadi tidak mudah marah-marah sperti dahulu.