7 Tips Belajar Yang Patut Anda Ikuti Jika Berhajat Ke Menara Gading

Tips belajar ini bukan sahaja mudah diikuti, malah memungkinkan anda berjaya ke menara gading jika diamalkan secara berdisiplin.

Apa yang penting ialah fokus. Fokus pada belajar. Fokus pada ulangkaji dan telaah. Berikut ialah tips belajar berkenaan.

1. Tulis. Mulakan dengan menulis di atas sekeping kertas senarai matapelajaran yang anda sasar untuk dapat gred A. Menulis sebenarnya satu cara berkesan mengaktifkan minda atau dikenali sebagai Reticular Activating System (RAS).

Imej: hackernoon.com

2. Tempat. Pilih dan tetapkan tempat belajar yang khas dan sesuai di mana-mana sudut di dalam rumah anda selain bilik tidur. Jauhkan dari televisyen, komputer dan telefon.

3. Alat. Sediakan semua alat pembelajaran berkaitan, termasuk pen, pensel, buku, mesin kira, pemadam dan sebagainya. Pastikan semua alat berkenaan sentiasa ada di tempat belajar bagi mengelak hilang fokus kerana bangun mendapatkan alat itu.

Imej: library.unsw.edu.au

4. Teman. Jika perlu, pada masa-masa tertentu seperti sebelah petang, cuba dapatkan teman belajar yang benar-benar komited dan serius mahu belajar, bukan main-main atau berborak.

5. Rehat. Ini juga perlu. Anda tidak semesti belajar berterusan tanpa henti hingga penat dan hilang fokus. Tetapkan masa rehat untuk kira-kira 10 minit ke 20 minit bagi setiap sesi telaah.

6. Motivasi. Motivasi tidak semesti datang dari orang lain. Anda boleh memotivasikan diri sendiri dengan  mencabar diri meraih kejayaan pada sasaran yang sudah ditetapkan. Perbaharui azam ini dari semasa ke semasa.

Imej: goconqr.com

7. Solat dan Doa. Selain solat fardu, amalkan solat hajat dan doa mohon pada Allah swt agar sasaran kejayaan anda dalam pelajaran dimakbulkan. Siapa kita jika Dia tidak perkenankan?

Ingat, kejayaan biasanya tidak dibina oleh orang lain. Ia dihasilkan oleh usaha sendiri. Nekadlah. Azamlah. Bersungguhlah untuk mencapai apa yang anda sudah sasarkan!

Leave a Comment