Siapa Kata Rumah Sewa Tak boleh Cantik Hiasan Dalamannya? Ini Tips Untuk Anda.

Rumah sewa bukanlah satu alasan buat korang untuk tidak menghias rumah.

Ben Firdaus Azraai berkongsi  di Facebook bagaimana beliau menghiasi rumah sewanya menggunakan barang terpakai sedikit demi sedikit.

Tip bagaimana menghiasi rumah korang:

1. Jangan takut untuk meneroka sesuatu

2. Kalau ada rakan designer lagi bagus, boleh rujuk pada dia.

3. Tak semesti beli semuanya yang baru sekaligus, melainkan korang betul-betul dapat bonus raya & sanggup shopping sakan. 

4. Beli mengikut kemampuan. Kalau tak mampu beli set meja makan, belilah kerusi dahulu. Dalam situasi ini Ben Firdaus membeli kerusi IKEA berharga RM30 kemudian beliau pergi ke kedai “hardware” untuk dijadikan meja.  P/s:Korang mungkin akan memerlukan cermin jika permukaannya tidak rata.

5. Gunakan cat hitam untuk sorokkan kerosakkan pada perabot. Jadi rak-rak lama ini dapat diperbaiki.

6. Tak perlu beli lampu mewah di kedai dengan harga ribuan ringgit. Beli sahaja lamu IKEA RM60 dan jadikan lampu bergantung. Mentol boleh didapati di kedai “hardware” dengan harga beberapa ringgit sahaja. 

7. Kerusi meja makan tak semestinya sedondon. Nak beli sama mestilah mahal kan? Jadi,  Ben Firdaus mencadangkan korang supaya campurkan sahaja kerusi pelbagai jenis! Baru Hipster! Tetapi Ben Firdaus menegaskan bahawa kerusi di rumahnya sedondon kerana diambil di majlis kitar semula. Jadi, tanpa kos untuknya =p

8. Bunga yang segar boleh melembutkan suasana rumah. Daripada korang bersihkan habuk bunga plastik, baik korang cantas sedikit ranting atau pokok di depan rumah korang. Kemudian letak dalam pasu yang berisi air. Biasanya pokok ini boleh bertahan selama seminggu dan mampu membuatkan persekitaran rumah menjadi lebih segar. 

Jadi, jangan takut mencantikkan rumah korang walaupun rumah tersebut hanya rumah sewa. Takkan korang nak balik  kerja atau kelas, tengok rumah pun alahai, sedih je. Sekurang-kurangnya, kalau rumah korang cantik, barulah bersemangat sikit untuk teruskan hari esok. 

Ada banyak cara lagi untuk korang  cantikkan rumah. Antaranya, macam ni lah. Ikut kemampuan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit! 

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Comment