Rekaan Futuristik The Pod Pavilion Kuala Lumpur

Struktur indah di sekitar Petaling Jaya ini menjadi ikon kepada gaya hidup urban di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur

Rekaan ini dibina oleh Hijjas Kasturi Associates Sdn. Bhd. bersama Studio Nicoletti Associati dan terletak di Petaling Jaya. Ia dijadikan pejabat jualan dan galeri untuk “The Petaling Jaya Comerical City (PJCC)”

Rekaan ini adalah mercu tanda yang berkonsepkan titisan air semula jadi dalam bentuk yang canggih dan elegan. Menariknya bentuk bayang-bayang pada bangunan juga akan berubah mengikut masa menyebabkan anda akan dapat lihat bentuk yang berbeza pada masa yang berbeza.

Rekaan dalamannya dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, bahagian pejabat dan ruang jualan. Anda akan berasa seakan-akan berada di dalam cengkerang !

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Comment