Alat Ini Bakal Selesaikan Masalah Bahasa Anda Setiap Kali Mengembara

Sekarang anda tidak perlu risau lagi dengan masalah bahasa

via: dailymail.co.uk

Ketika mengembara, anda pastinya selalu terperangkap dalam masalah bahasa. Kadang-kadang kelakar, kadang-kadang memalukan dan lebih sedih, ia mungkin juga boleh bertukar menjadi malang.

Pencapaian teknologi yang semakin canggih pada hari ini memang banyak membantu kehidupan harian. Satu peranti yang dipanggil The Pilot ini bakal menyelesaikan masalah anda ketika mengembara.

The Pilot, peranti kecil ini boleh menterjemahkan bahasa asing secara terus dalam waktu yang sama, contohnya anda bercakap didalam bahasa Inggeris tetapi mereka dapat mendengar didalam bahasa Perancis, begitu juga sebaliknya.

Cuma tinggal pakaikan di telinga sahaja, anda sudah boleh menyelesaikan masalah bahasa dan berkomunikasi dengan mudah. Alat ini dicipta oleh Waverly Labs dan mula dijual pada harga $129 kira-kira RM500.00 seunit.

Maklumat lanjut: Waverly Labs

via: dailymail.co.uk

via: dailymail.co.uk

via: dailymail.co.uk

via: dailymail.co.uk

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of