Contoh Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan (KKM)

Ini adalah contoh soalan temuduga latihan separa perubatan yang sering ditanya ketika anda berada dalam sesi tersebut.

temuduga latihan separa perubatan

Jika anda melepasi tapisan permohonan “latihan separa perubatan” yang dipohon melalui SPA tempoh hari, anda akan dibawa ke fasa menjawab peperiksaan dan temuduga.

Dibawah kami kongsikan beberapa soalan contoh yang bakal ditanya, ini bukanlah soalan bocor, ianya hanyalah ramalan contoh yang berkait dengan latihan separa perubatan sahaja. Anda juga boleh lihat senarai kolej latihan separa perubatan terkini.

Soalan Temuduga Latihan Separa Perubatan (CONTOH)

1Sila memperkenalkan diri anda
2Apa  ko-kurikulum yang kamu sertai semasa di sekolah dahulu?
3Kenapa anda berminat dengan program latihan separa perubatan?
4Adakah anda layak sertai latihan separa perubatan?
5Apa ciri yang diperlukan bagi menjawat sebagai latihan separa perubatan?
6Jika pesakit dimana terdiri dari pelbagai usia, bagaimana anda hendak menyesuaikan diri?
7Sebutkan bidang-bidang latihan separa perubatan yang kamu tahu.
8Berikan sekurang-kurangnya 5 nama kolej latihan separa perubatan yang anda tahu.
9Berikan perbezaan di antara klinik dan hospital.
10Terangkan apa yang anda faham mengenai Klinik 1 Malaysia?
11Berikan punca kepada demam malaria serta langkah-langkah untuk mencegahnya.
12Berikan nama bagi Menteri Kesihatan Malaysia yang terkini.
13Berikan nama bagi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
14Senaraikan 3 jenis penyakit yang berpunca dari air tercemar.
15Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kempen kesihatan yang anda tahu.
16Nyatakan contoh penyakit yang disebabkan oleh kandungan gula berlebihan.
17Nyatakan 5 contoh jabatan yang terdapat di hospital kerajaan.
18Bolehkah anda bekerja dalam syif siang dan malam secara berganti-ganti?
19Ceritakan tentang piramid makanan yang anda tahu.
20Terangkan misi dan visi Kementerian Kesihatan Malaysia.
21Terangkan mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan fungsinya.
22Kerajaan telah memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), sila berikan ulasan mengenai perkara ini.
23Terangkan mengapa kami harus pilih anda dan bukan calon-calon yang lain?
24Ceritakan kelemahan diri anda yang perlu kami ketahui?
25Apakah strategi anda untuk memperbaiki kelemahan tersebut?
26Mengapa anda memilih kerjaya dalam sektor awam dan bukan sektor swasta?
27Adakah sistem pendidikan di Malaysia berada pada hala tuju yang benar?
28Apakah cadangan anda untuk menambahbaik sistem pendidikan yang ada sekarang?
29Sekiranya anda seorang pereka grafik, apakah langkah-langkah yang diambil sebelum membuat sebuah rekaan iklan?
30Nyatakan contoh pencapaian anda dalam kategori teknologi maklumat semasa belajar atau bekerja semasa dahulu.
31Sebagai seorang ketua di sebuah jabatan kerajaan, apakah tindakan anda bagi memastikan semua staf di bawah seliaan anda berdisiplin di tempat kerja?
32Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk berkhidmat ke sektor awam, bagaimanakah strategi anda untuk meyakinkan kami yang anda tidak akan berkhidmat semula dalam sektor swasta?
33Sebagai penjawat awam, anda menghadapi kemungkinan untuk berpindah lokasi pekerjaan ke tempat atau negeri lain. Adakah anda akan memberi komitmen yang baik?
34Apakah perancangan anda sekiranya diberikan tugas untuk menjayakan satu program di tempat kerja anda?
35Apakah perbezaan jururawat dengan jururawat pergigian?
36Terangkan risiko kerja yang ditanggung oleh Juru X-Ray.
37Apakah bidang latihan yang menjadi pilihan anda?
38Mengapa anda memilihi bidang latihan tersebut?
39Berapa lamakah kamu bakal jalani latihan bidang tersebut?
40Ada yang soalan yang kamu hendak tanya?