5+ Tempat Menarik Di Korea Selatan

Ini adalah perkongsian tempat menarik yang boleh anda lawati di korea selatan tak kira musim sejuk atau panas.

Bagi kaki travel ataupun pengemar K-drama, Korea Selatan menarik menjadi satu destinasi impian mereka untuk melawat ke negara yang unik dengan sejarahnya tersendiri, daya tarikan alam semulajadi, dan pelbagai lagi. 

Di sini kami kongsikan tempat menarik yang boleh dilawati di Korea Selatan.

1- Myeongdong Street

1- Myeongdong Street
foto kredit: www.junggu.seoul.kr (above left), 1000 days in Seoul (bottom, left), pinterest.com (bottom ,right), saddamtravel.co.id (above,right)

Tidak lengkap melawat ke Korea jika anda tidak ke Myeongdong street yang merupakan pusat membeli belah popular di Seoul. 

Pengunjung berpeluang membeli pakaian yang berjenama dan mencari produk- produk kecantikan yang terkenal seperti Etude House, Innisfree, Holika Holika danThe Face Shop. 

Bagi peminat musik K-pop, anda boleh mendapatkan  CD dan merchandise kumpulan idola anda di serata tempat dengan harga yang berpatutan. Di sini, terdapat juga kafe-kafe yang unik untuk dilawati seperti Hello Kitty Café dan Cat Café. 

2- N Seoul Tower

2- N Seoul Tower

N Seoul Tower salah satu daya tarikan yang popular di Seoul. Namsan Tower merupakan menara komunikasi terletak di Gunung Namsan, di tengah –tengah Seoul. 

Dari ketinggian 236.7 m, pengunjung berpeluang untuk menikmati panorama kota Seoul secara menyeluruh. Pengunjung boleh berjalan kaki dari Namsan Park ataupun menaiki kereta kabel dari Gunung Namsan untuk sampai ke puncak. 

Bayaran yang dikenakan untuk pergi dan balik bagi pengunjung dewasa ialah sekitar 9,500 won(RM 35). 

Terdapat juga pelbagai cenderahati yang menarik di jual di puncak untuk di bawa pulang. Anda juga berpeluang meninggalkan tanda kenangan didataran “Love Locks” yang terkenal. 

3- Bucheon Hanok Village

3- Bucheon Hanok Village

Kalau anda sudah ke muzium sewaktu di Korea untuk mempelajari sejarahnya, di Bukchon Hanok Village pula adalah sebuah lokasi terbaik untuk anda menyelami budaya tradisional masyarakat Korea. 

Terdapat beratus-ratus rumah di sekitar Bukchon Hanok Village ini adalah rumah tradisional Korea ataupun digelar hanok. Banyak rumah-rumah klasik di sini yang dijadikan rumah tumpangan, restoran, pusat kebudayaan dan rumah teh. 

4- Pulau Nami, Chuncheon

4- Pulau Nami, Chuncheon

Lokasi pengambaran drama popular “Winter Sonata” ini merupakan tasik buatan manusia yang berbentuk bulan sabit terletak di Chuncheon, Korea Selatan. 

Selain menikmati pemandangan yang cantik sambil mengambil gambar kenangan, pengunjung juga berpeluang untuk menyertai aktiviti seperti Zip Wire, Berbasikal ala Winter Sonata, Menaiki Kereta api dan Sky Bike. 

Selainiitu, bagi penggemar kopi, anda boleh menikmati kopi yang sedap dan hotteok yang panas di Sonata Café.

5- Istana Gyeongbukgung ( Gyeonbukgung Palace)

5- Istana Gyeongbukgung ( Gyeonbukgung Palace)
Foto kredit: wikipedia.org, Foto kredit: Viator.com, Foto kredit: colorbox.com, Foto kredit: asiaexchange.org

Bagi penggemar sejarah, anda harus melawat Istana Gyeongbukgung. Terletak di utara Seoul dan dibina pada tahun1395. Gyeongbukgong terdiri daripada Lima Istana Mewah (Five Grand Places) di bina pada Dinasti Joseon. 

Pengunjung boleh bergambar di Istana dan merasai sendiri pengalaman memakai pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok. Di sini juga merupakan pengambaraan drama dan filem korea yang berlatar belakangkan genre sejarah (historicalperiod) Moon Embracing the Sun and Rooftop Prince.

6- Woljeonsa Temple, Pyeongchang

6- Woljeonsa Temple, Pyeongchang
Foto kredit: jqtalks.com, Foto kredit: gangwan.to, Foto kredit: english.visitkorea.or.kr., Foto kredit: Spanish.visitkorea.or.kr.

Tokong Wonjeonsa merupakan tokong yang terbesardan cantik di Korea dibina lebih dari 1400 tahun yang lalu di mana kawasannya dikelilingi oleh hutan pokok fir. 

Selain dari tokong ini sendiri, pengunjung berpeluang menikmati pemadangan sekeliling hutan dengan berjalan di sepanjang pokok fir. Sangat sesuai dilawati bagi pengunjung yang mahukan ketenangan dan mengurangkan tekanan. Ini juga merupakan lokasi pengambaraan drama popular korea, Goblin yang dibintangi aktor yang terkenal korea, Gong Yoo.

Selain daripada tempat menarik di atas,banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati di Korea

Pendek kata, keunikan korea bukan pada k-pop,k-drama dan k-beauty sahaja tapi negara korea penuh dengan tempat yang mempunyai keunikan, kebudayaan dan tradisi yang menarik untuk dilawati.

Share² lah yerr..