5+ Tempat Menarik Di Cherating Pahang

Apa kata anda berkunjung ke Cherating pada tahun 2019 ini. Di Cherating terdapat banyak tempat-tempat yang anda boleh lawati dan melakukan aktiviti bersama anak-anak. Berikut di kongsikan tempat menarik yang anda boleh lawati jika datang ke cherating

1. Pantai Cherating

1. Pantai Cherating

Fotokredit: kuantan-hotels.com

Kalau pergi cherating tak sah kalau tak pergi ke pantai cherating. Berhampiran pantai terdapat banyak chalet-chalet yang menarik untuk anda menginap. 

Pelbagai aktiviti air yang menarik boleh anda cuba. Nak belajar surfing? Berkayak? Dan macam-macam lagi, semuanya ada di sini.

Alamat: 

Pantai Cherating, 26080, Pahang

2. Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating

2. Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating

Fotokredit: santuaripenyucherating.blogspot.com

Nak becuti di Cherating, tempat wajib anda pergi is Santuari Penyu Cherating, boleh serba sedikit anda dapat info tentang penyu di dalam galeri penerangan, memang sesuai untuk anak-anak anda juga.

Pada bahagian luar tempat ini anda boleh melihat sendiri penyu-penyu di dalam kolam tempat itu.

Paling best bila kita datang ke sini pada pada musim anak-anak penyu baru menetas.

Waktu Operasi: 

Selasa – Ahad (9.30am– 4.30pm)

Bayaran masuk : 

Percuma

Alamat: 

KM 45, Jalan Kuantan –Kemaman, 26080 Kuantan

3. Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman

3. Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman

Fotokredit: thestar.com.my

Dalam 20 ke 30 minit dari Pantai Cherating anda boleh melawat Taman Rekreasi & Zoo Mini Kemaman bersama anak-anak dan keluarga. Zoo ini terletak di Terengganu sebenarnya tetapi bersebelahan je dengan Cherating, Pahang.

Dengan keluasannya 35 ekar, Taman ini digabungkan bersama pokok-pokok herba bonsai, kebun buah-buhan serta zoo mini.

Dalam zoo mini, dianggarkan ada 54 spesis haiwan, antaranya harimau, orang utan, gajah, dan banyak lagi yang pasti membuatkan anda teruja.\

Waktu Operasi : 

SetiapHari (9.00am – 5.00pm)

Bayaran :  

Zoo Kemaman

Dewasa RM10 

Kanak-kanak 5-12 TahunRM7

Kolam renang RM5

Alamat : 

Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman, 

Majlis Perbandaran Kemaman, 

24000 Kemaman, Terengganu

4. Sungai Yah-Yah

4. Sungai Yah-Yah

Fotokredit: visit-terengganu,net

Terletak bersebelahan dengan zoo kemaman, satu lagi daya tarikan yang ada di cherating ialah Sungai Yah Yah. 

Sungai Yah Yah merupakan habitat kelip-kelip terbesar di Malaysia. Jika anda berminat untuk menyaksikan cahaya kelip-kelip yang mempersonakan di waktu malam, anda boleh datang ke sini. 

Apabila tiba waktu dah mulai gelap, sewa bot yang terdapat di jeti Sungai Yah-Yah. Waktu terbaik untuk melihat cahaya kelip-kelip ini adalah dari bulan Julai hingga Oktober sebab pada waktu ini kelip-kelip membiak dengan banyak sekali. 

Satu keindahan yang tidak boleh dilupakan jika anda datang ke sini pada waktu malam.

Bukan selalu dapat naik bot, dikelilingi gemerlapan cahaya kelip-kelip pula tu, seperti bintang-bintang berkelipan di atas kepala kita.

Alamat: 

Sungai Yah Yah

5. Restoran Masakan Ibu

5. Restoran Masakan Ibu

Fotokredit: Hafez Murtza

Jika  anda mecari makanan yang sedap, anda bolehcuba di Warung Masakan di mana pemiliknya berasal dari Kelantan dan menyediakanmakanan pantai timur.  

Pelbagai jenis menu yang terdapat di sini seperti nasi kerabu gulai kawah panas, nasi dagang, ayam panggang, gulai kawah, ayam percik dan macam-macam lagilah! Sedap-sedap menunya sehingga menjilat jari.

Alamat:  

Kampong Cherating, Pahang

6. Limbong Art Cherating

 6. Limbong Art Cherating

Fotokredit: cn.tripadvisor.com

Jika anda penggemarpada lukisan batik, anda boleh melawat ke Limbong Art. Ini sangat bermanfaat untuk kanak-kanak lebih mengenali fabrik kebanggaan negara supaya tak mati ditelan zaman.

Disini, anda sekeluarga berpeluang mencanting batik sendiri. Selain daripada batik, anda boleh juga melihat pelbagai lagi produk kraftangan lain yang dijual di sini.

Waktu Operasi: 

Setiap Hari (10.00am – 10.00pm)

Alamat: 

Kampung Cherating Lama, 

26080 Balok, Pahang

7. Kedai Kopi Hai Peng

7. Kedai Kopi Hai Peng

Fotokredit: followmetoeatla.blogspot.com

Tercari-carinak sarapan di mana dekat Cherating? Apa kata kalau anda sekeluarga menikmati juadah di kedai Kedai Kopi Hai Peng? 

Kedai kopitiam yang terletak di Bandar Kemaman ini telah wujud sejak tahun 1940-an lagi. 

Antara makanan yang dihidangkan di kedai antik ini adalah roti bakar mentega dan kaya, nasi lemak, ice-blended dan macam- macam lagi! Nasi dagang pun ada! Yang pastinya harganya sangat berpatutan. Semuanya cukup menyelerakan.

Waktu Operasi: 

Setiap Hari Kecuali Jumaat (6.00am – 7.00pm)

Alamat: 

K-3753, Jalan Sulaimani, Chukai, 

24000, Kemaman

8. Sata Kampung Geliga

8. Sata Kampung Geliga

Fotokredit: .nst.com.my

Lebih kurang 15 Minit dari Cherating anda boleh ke Kampung Geliga Terengganu, dimana anda boleh nikmati kelazatan makanan sedap seperti sata, otak-otak, keropok lekor yang menjadi makanan wajib di situ.

Kesimpulannya, bercuti di Cherating merupakan percutian yang cukup santai dan sesuai sebagai percutian bajet bersama keluarga, tarikan semulajadi antara wadah utama jika bercuti di sini.

Bagi anda yang nak menambah lokasi best di cherating boleh emailkan Lokasi/Gambar/Info ke WhatsApp Kami ini

Share² lah yerr..