Mencari tempat santai di hujung minggu? Villa ini mungkin tempat paling sesuai dengan korang

Persekitaran yang cantik dan menginapan yang selesa menjadikan Ma-Ni Thai Cuisine & Villa tarikan yang menarik yang mesti dikunjungi pada hujung minggu.

Ma-Ni Thai Cuisine & Villa  terletak di bandar kecil sekitar Tanjung Malim. Ia merupakan salah satu tempat yang agak terpencil sesuai bagi yang mencari sedikit ketenangan dan privasi.

Ia dikelilingi dengan persekitaran lanskap unik dan indah menjadikan tempat ini paling sesuai dijadikan tempat berehat.

Dikatakan makanan Thai yang disediakan sangat sedap disini. Agak berbaloi kalau nak memandu lebih sejam utuk mencuba masakan Thai di sini.

p/s: Korang cuba la. kongsi pengalaman korang kat sini ye.

Categories news