Tempat Menarik Di Penang 2020 (Waktu Siang & Malam)

Ini merupakan perkongsian mengenai beberapa tempat menarik di penang (Pulau Pinang) yang boleh dilawati jika bercuti di sana.

tempat menarik di penang

Pulau Pinang merupakan sebuah negeri di utara semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Seberang Pulau (dalam pulau) dan Seberang Perai.

Untuk makluman anda, negeri ini juga merupakan penempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia dan hanya negeri yang berpisah dua belah di Malaysia. Terdapat banyak tempat menarik di penang ini sama ada pantainya, bagunan bersejarah dan pelbagai lagi untuk anda lawati.

Senarai Tempat Menarik Di Penang @ Pulau Pinang (Terkini)

Justeru itu, berikut dikongsikan beberapa tempat menarik di penang tumpuan yang boleh anda lawati jika bercuti di Pulau Pinang.

LOKASIWAKTU OPERASIHARGAALAMAT
Bukit BenderaSetiap hari (06.00AM – 11.00PM)Dewasa RM30 | Kanak-Kanak RM6422, Jalan Bukit Bendera, Ayer Itam, 11500 Pulau Pinang
Teddy Ville MuseumSetiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)Dewasa RM36 | Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) RM25Ground Floor, DoubleTree Resort by Hilton Penang, 56 Jalan Low Yat, 11100 Batu Ferringhi, Penang
Countryside Stables PenangSetiap Hari (10.00 am – 12.00pm & 2.00pm – 7.00 pm)Dewasa RM20 | Kanak-Kanak RM20Lot 603 Jalan Hilir Sungai Burung, Kampong Jalan Baru, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
Tropical Spice Garden PenangSetiap Hari (9:00am – 6:00pm)Audio Tours: Dewasa RM31 | Kanak-Kanak RM18 | Warga Emas RM25
Guided Tours: Dewasa RM48 | Kanak-Kanak RM25 | Warga Emas RM38
Night Walks: Dewasa RM85 | Kanak-Kanak RM65 | Warga Emas RM58.50
(Dapat Diskaun Kalau Beli Tiket Online)
Lot 595 Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, 11050 Penang
Street ArtBila-Bila Masa SahajaFREEBandar George Town, Pulau Pinang
Pasar Lorong KulitSetiap Hari (6.00 am – 1.00 pm)
*11.00am Baru Semua Kedai Dibuka
FREE (Nak Beli Barang Je Bayar)Lorong Kulit Flea Market, 625 Jalan Dato Keramat Georgetown, George Town, Pulau Pinang
Magic World Penang (PHANTAMANIA)Setiap Hari (10.00 am – 7.00 pm)Dewasa RM16 | Kanak-Kanak RM12Magic World Penang, 193, Lebuh Victoria, Georgetown, George Town, Penang
Air Hitam Dalam Educational ForestSentiasa BukaTak Pasti (Macam FREE)13310 Air Hitam, Penang
Tropical Fruit FarmSetiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)Dewasa RM40 | Kanak-Kanak (5 – 12 Tahun) RM30Batu 18, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang
Rumah P.RamleeSelasa – Khamis (9.00 am – 5.00 pm) | Jumaat (9.00 am – 12.00 pm & 3.00 pm – 5.00 pm) |
Sabtu & Ahad (9.00 am – 5.00 pm) | Isnin Kecuali Cuti Umum & Cuti Sekolah (Tutup)
FREELot 2180, Jalan P Ramlee, Taman Kampar, George Town, 10460 Pulau Pinang
Toy Museum Heritage ParkIsnin – Ahad (9.00am – 6.00pm)Dewasa RM15 | Kanak-Kanak RM10Toy Museum Heritage Garden, 1370, MK2, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang
Made in Penang Interactive Museum PenangSetiap Hari (10.00 am – 6.30 pm)Dewasa RM25 | Kanak-Kanak RM153, Pengkalan Weld, George Town, George Town, 10300 Pulau Pinang
Trick Art Museum Advanture ZoneIsnin – Jumaat (9.00 am – 6.00 pm) | Sabtu & Ahad (9.00 am – 8.00 pm)Dewasa RM15 | Kanak-Kanak RM1010 Lebuh Penang, Georgetown, 10200 Pulau Pinang
Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut PenangIsnin – Ahad (10:00am – 4.30pm)FREEPantai Kerachut, Teluk Bahang, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Penang Time TunnelIsnin – Jumaat (9.15 am – 7.00 pm) | Sabtu, Ahad & Cuti Umum (9.15 am – 7.30 pm)Dewasa RM18 | Kanak- Kanak RM1039, Jalan Green Hall, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang
Taman Burung PenangSetiap Hari (9.00 am – 7.00 pm)Dewasa RM25 | Kanak-Kanak RM15 | OKU PercumaJalan Todak, Perai, 13700 Pulau Pinang
Kilang Batik PenangIsnin – Ahad (9.00am – 5.30pm)FREEMk2, 651, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang
Little India PenangSetiap HariTak PastiLebuh Pasar, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang
Taman Botani PenangIsinn – Ahad (5:00am – 10:00pm)Tak Pasti673A, Jalan Kebun Bunga, Pulau Tikus, George Town, 10350 Pulau Pinang
Fort CornWallisSetiap Hari 9.00 am – 10.00 pmDewasa RM10 | Kanak-Kanak RM5Leboh Light, George Town
Pulau JerejakSetiap HariFREEPulau Jerejak
Ghost Museum (Muzium Hantu)Setiap Hari (10.00 am – 7.00 pm)Dewasa RM18 | Kanak-Kanak RM857, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
Pasar ChowrastaSetiap Hari (6.30 am – 6.00 pm)FREE (Nak Beli Barang Je Bayar)Lebuh Tamil, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
The Habitat Bukit BenderaDibuka Setiap Hari Termasuk Hujung Minggu Serta Cuti UmumDewasa RM53 | Kanak-Kanak & Warga Emas RM31.80
Sunset Walk: Dewasa RM74.20 | Kanak-Kanak & Warga Emas RM42.40
The Habitat Penang Hill, Bukit Bendera, 11300 Penang
Pg Gold MuseumSetiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)Tak Pasti95 Bishop Street,10200 George Town, Penang
The GravityzTak PastiDari RM14965th floor THETOP@KOMTAR, 1, Jalan Penang, 10000 George Town Penang
Wonderfood MuseumSetiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)Dewasa RM15 | Kanak-Kanak RM1049, Lebuh Pantai Georgetown 10300 Penang (Sebelah CIMB bank)
Clan Jetties Floating VillageSentiasa DibukaFREEWeld Quay, 10300 George Town, Penang
Jambatan Sultan Abdul Halim ShahSentiasa DibukaBayor Tol Je RasanyaJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Penang
Rumah Api Muka Head PenangSentiasa DibukaDewasa RM5 | Kanak-Kanak RM3Taman Negara Pulau Pinang, Jalan Hassan Abbas, Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang
Sky Walk (Komtar)Level 65 Observatory Deck: Ahad – Khamis (11.00 am – 10.00 pm) |
Jumaat -Sabtu (11.00 am – 11.00 pm) | Cuti Sekolah/ Cuti Umum (10.00 am – 10.00 pm)
Dewasa RM48 | Kanak-Kanak RM28THE TOP Penang 1, Jalan Penang, 10000 George Town, Penang
Pulau AmanSentiasa DibukaFREEPulau Aman
Pantai Batu FeringhiSentiasa DibukaFREEPantai Batu Ferringhi, Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Padang Kota PenangSentiasa DibukaFREEPadang Kota Lama, George Town, 10450 Pulau Pinang
Pantai Tanjung BungahSentiasa DibukaFREEJalan Batu Ferringhi, Taman Tanjung Bunga, Tanjung Bungah, 11200 Pulau Penang
Muzium Pinan PeranakanIsnin – Ahad (9.30am – 5.00pm)Dewasa RM2029 Church St, George Town, 10200 Pulau Pinang
Escape Theme ParkSelasa – Ahad (10:00am – 6:00pm4 – 12 Tahun RM97 | 13 – 60 Tahun RM147 |
61 – 100+ Tahun RM97 (Harga Tiket Lebih Murah Dibeli Online & Lebih Awal)
828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang
Cheong Fatt Tze (Guide Tours)(45 Minit / Sesi):
Isnin – Jumaat (11.00 am / 2.00 pm / 3.30 pm) | Sabtu & Ahad (11.00 am / 2.00 pm)
Dewasa RM18 | Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) RM9.5014, Leith St, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Asia Comic CulturalIsnin – Jumaat (11.00 am – 7.00 pm) | Sabtu & Ahad (11.00 am – 9.00 pm)Dewasa RM15 | Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) RM102nd level ICT Mall, Komtar, 10000 George Town, Penang
Street Art Balik PulauSentiasa DibukaFREEBalik Pulau, Pulau Pinang
GPS Beberapa Buah Lokasi Mural:

Mural Tukang Perak: 35268, 100.23627
Mural Silat: 34942, 100.23378
Mural Nelayan: 35159, 100.2355
The TopTak PastiDewasa RM78 | Kanak-Kanak, OKU & Warga Emas RM48The Top Penang, 1, Jalan Penang, Georgetown, George Town, Penang
Muzium PerangSetiap Hari (9.00 am – 11.00 pm)Dewasa RM22 | Kanak-Kanak RM12Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Maung, 11960 Pulau Pinang
Saanen Dairy Goat FarmIsnin – Ahad (10:00am – 5:00pm)FREE298 MK 1, Sungai Pinang, Balik Pulau, 11010 Pulau Pinang
Masjid Kapitan KelingSentiasa DibukaFREE14, Jalan Buckingham, George Town, George Town, 10200 Pulau Pinang
Feri Pulau PinangFeri Pertama Butterworth – Georgetown: 5.20 am
Fer Terakhir Ke Penang: 12.10 am
Feri Pertama Penang – Butterworth: 5.40 am
Feri Terakhir Ke Butterworth: 12.40 am
Dewasa RM1.20 | Kanak-Kanak (5 – 12 Tahun) RM0.60Pengkalan Weld, George Town, 10300 Pulau Pinang
Taman Rama-Rama (Entopia)Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)Dewasa RM49 | Kanak-Kanak & Warga Emas RM29No 830, Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang
Muzium KameraSetiap Hari (9.00 am – 8.00 pm)Dewasa RM25 | Kanak-Kanak RM15 | Warga Emas RM15B3, Astaka Bukit Bendera, Penang
Taman Negara Pulau PinangSentiasa DibukaDewasa RM5 | Kanak-Kanak RM3Pejabat Taman Negara P. Pinang, Jalan Hassan Abbas, Balik Pulau, 11050 Pulau Pinang.
Amazing World StudioSetiap Hari (9.00 am – 6.30 pm)Tak Pasti4 Weld Quay, George Town, 10300 Pulau Pinang
Masjid Terapung Tanjung BungahSentiasa DibukaFREEJalan Batu Ferringhi, Taman Tanjung Bunga, Tanjung Bungah, 11200 Pulau Penang
Pasar Malam Batu FerringhiIsnin – Ahad (7:00pm -12:00am)FREE (Nak Beli Barang Je Bayar)Jalan Batu Ferringhi, Ayer Itam, 11100 Pulau Pinang
Gurney Drive Penang (Tempat Makan)Sentiasa Dibuka (Malam)FREE (Nak Beli Barang Je Bayar)Gurney Dr, George Town, 10250 Pulau Pinan
Avatar Secret GardenTak PastiFREE336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Jiurassic Research CentreIsnin – Jumaat (11.00 am – 8.00 pm) | Sabtu & Ahad (11.00 am – 9.00 pm)Dewasa RM78 | Kanak-Kanak, OKU & Warga Emas RM48THE TOP Penang 1, Jalan Penang, 10000 George Town Penang
Taman Rimba Teluk BahangTak PastiTak PastiLorong Rimba, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Audi Dream FarmSetiap Hari (8.00 am – 6.00 pm)Dari RM45Audi dreamfarm 145, MK B, Sg.Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang
Batik Painting MuseumSetiap Hari Termasuk Cuti Umum (10.00 am – 6.00 pm)Dewasa RM10 | Kanak-Kanak RM519 Armenian Street, 10200 George Town, Penang
Suffolk House11.00 am – 11.00 pmTak Pasti250, Jalan Air Hitam Georgetown 10460 Pulau Pinang
3D Glow In The Dark MuseumSetiap Hari (10.00 am – 6.30 pm)Dewasa RM25 | Kanak-Kanak & Warga Emas RM15145, Lebuh Kimberley, 10100 Georgetown, Penang
Teluk Duyung (Monkey Beach)Sentiasa DibukaFREEJalan Hassan Abas, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Teluk KampiSentiasa DibukaFREETeluk Kampi
Khoo KongsiSetiap Hari (9.00 am – 5.00 pm)FREE18 Cannon Square, Georgetown
Penang Bridge (1)Sentiasa DibukaBayor Tol Je RasanyaJambatan Pulau Pinang
Chulia Street (Geoge Town)Sentiasa DibukaFREEChulia St, Georgetown, 10450 George Town
Uptown Bandar PerdaSetiap Hari. 8:00pm – 2:00amFREE (Nak Beli Barang Je Bayar)Jalan Perda Utama 1, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Bukit Bendera

Bukit Bendera antara tempat bersejarah, ianya merupakan stesen berbukit british yang tertua di Asia Tenggara dimana di atas bukit bendera ini terdapat 52 lot bungalow yang dibina 100 tahun dahulu. Untuk ke puncak perlu menaiki funicular train service.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti anda di puncak nanti seperti melihat pemandangan Pulau Pinang yang mengkagumkan di Skydeck, melihat gelagat lucu burung hantu di owl museum dan key lock dan bermacam-macam lagi.

Pantai Batu Ferringhi

Pantai Batu Ferringhi ini merupakan pantai yang paling popular di Pulau Pinang. Di sini anda dapat berjalan di atas pantai pasir yang luas sambil menikmati tiupan angin laut yang nyaman. Selain daripada itu anda juga boleh melakukan dengan aktiviti sukan air seperti jetski dan parasailing.

Pasar Malam Batu Ferringhi

Jika anda berada di Batu Ferringhi, jangan lupa singgah di Pasar Malam Batu Ferringhi. Ini merupakan tempat menarik di penang wajib anda kujungi. Pasar ini dibuka setiap hari dari petang hingga ke lewat malam dan di sini anda dapat membeli cenderamata, pakaian yang harga sangat murah atau menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan yang dijual di situ.

Penang Street Art

Sempena festival Georgetown, beberapa bangunan lama di bandar itu dihiasi dengan lukisan artist jalanan Ernest Zacharevic. Lukisan yang berbagai konsep ini dapat dilihat bukan di beberapa tempat sekitar Bandar Georgetown. Hasil karya beliau unik kerana ia menceritakan kisah hidup harian penghuni pulau tersebut.

Anda boleh menyewa basikal untuk menyaksikan keseluruhan lukisan di sini.Terdapat pelbagai gerai yang terdapat distu yang menyediakan pelbagai jenis hidangan buat anda yang kelaparan.

Street Art @ Balik Pulau

Selain Geogtown, terdapat sebuah lagi tempat lukisan mural yang dihasilkan dengan penuh ketelitian iaitu di Balik Pulau. Berbeza dengan street art di Georgetown, buah mural yang diinspirasikan daripada kisah penduduk setempat. Mural lain yang dapat dilihat adalah seperti mural silat, nelayan dan penoreh getah yang dihasilkan oleh pelukis wanita dari Russia, Julia Volchkova.

Rumah P. Ramlee

Rumah ini merupakan rumah seniman Negara kita yang terkenal iaitu P.Ramlee dimana rumah ini dijaga dengan baik sehingga ke hari ini untuk kita dan juga generasi akan datang mengenalinya dengan lebih dekat lagi. Di setiap pelusuk rumah tersebut dipamerkan kisah hidup, pencapaian dan jasa beliau untuk industri filem dan musik tanah air.

Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling merupakan masjid terawal yang didirikan di Georgetown dan meminjam namanya dari ketua komuniti askar india muslim bernama Cauder Mydin Merican

Masjid ini dibina pada tahun 1801 oleh tentera East India Company yang beragama Islam. Masjid ini merupakan masjid utama suatu ketika dahulu sebelum masjid negeri Pulau Pinang dibina.

Padang Kota Lama

Padang Kota lama merupakan padang yang dibina oleh kerajaan British sewaktu jajahan British di Pulau Pinang untuk tempat berkumpul dan berarak.

erletak dalam kawasan the Espelande, Padang Kota Lama tempat terawal di tubuhkan di George Town. Kerana ia berhampiran dengan laut anda dapat merasa tiupan angin laut yang nyaman sambil berjalan di padang ini ataupun berkhelah bersama keluarga.

Fort Cornwallis

Fort Cornwallis ini merupakan tempat menarik di penang pertama yang bersejarah dimana ianya merupakan tempat Sir Francis Light menjejak kakinya ke Tanah Melayu pada 1876. Suatu ketika dahulu, tempat ini merupakan tempat menyimpan senjata dan kelengkapan perang dan markas tentera.

Banyak dari infrastucktur asalnya masih berdiri kukuh dan anda berpeluang untuk melihat beberapa bangunan bersejarah serta mengetahui tentang sejarah tempat ini daripada pemandu pelancong di sini dengan lebih mendalam.

Share² lah yerr..

Leave a Comment