Tempat Makan Menarik Di Penang 2020 Paling Best

Ini merupakan perkongsian tempat makan menarik di penang yang anda boleh singgah sepanjang berada di Pulau Pinang, Best baq hang.

Senarai Tempat Makan Menarik Di Penang @ Pulau Pinang

Tempat Makan Menarik Di Penang

Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang pesat membangun. Walaupun begitu terdapat pelbagai tempat menarik di penang yang boleh dilawati antaranya seperti Bukit Bendera,Padang Kota Lama yang dahulu merupakan markas orang British yang masih lagi di jaga untuk generasi akan datang mengambil iktibar dan pengajaran daripada sejarah Negara kita dan juga penginapan homestay penang yang menarik

Pulau Pinang destinasi popular buat yang gemarkan konsep jalan-jalan cari makan. Ini kerana terdapat pelbagai makanan yang enak yang perlu anda cuba di sini. Berikut di kongsi beberapa tempat makan menarik di penang aka best di Pulau Pinang.

Sany Char Koey Teow

Tempat Makan Menarik Di Penang

Sany Char Koay Teow menyediakan char key teow yang sedap untuk pengunjung yang menggemarinya.Kuahnya yang pekat didalamnya diletakkan udang, kerang dan telur menaikkan lagi rasa kuahnya.

Antara hidangan anda patut cuba ialah Char Kuey teow special dimana dihidangkan dengan saiz yang cukup besar sebagai santapan. Selain char kuey teow, masakan lain yang turut terdapat di sini adalah nasi lemak dan juga nasi goreng ayam.

Kedai Nasi 7 Benua

Nasi 7 benua merupakan hidangan 7 jenis nasi yang berbeza dalam satu pinggan dan di tambah dengan lauk pauk yang lain. Antara Lauk-lauk yang disediakan adalah seperti ayam masak merah, kari, ayam panggang, sambal kentang, daging, ulam-ulaman dan banyak lagi.

Mee Sotong Hameed Pata

Kepada yang masih suka makan mee goreng, anda boleh cuba merasai mee sotong yang di sediakan di kedai Hameed pata ini. Mee sotong ini dibuat dengan menggoreng sotong dengan rempah, taugeh, telur, ubi kentang dan sambal sotong. Bila tiba masa untuk dinikmati, anda boleh ‘menaikkan’ lagi rasanya dengan perahan limau. Sungguh menyelerakan, rasa yang pedas-pedas manis. Rasa yang anda takkan jumpa di tempat lain.

Nasi Kandar Kampung Melayu

Nasi Kandar sangat sinonim dengan negeri penang ini. So apa kata dah datang sini, anda cuba menikmati nasi kandar yang disediakan di gerai nasi kandar kampong melayu ni. Untuk pengetahuan anda gerai ini telah beroperasi sejak tahun 1970 dan masiih ramai peminatnya sehingga ke hari ini. Apa yang istimewanya gerai ini adalah kuah karinya dan pelbagai jenis laut pauk yang sangat superb.Sedap sehingga menjilat jari.

Roti Canai Transfer Road

Gerai Roti Canai Transfer Road ini menyediakan hidangan untuk anda bersarapan. Terdapat dua jenis roti yang disediakan di sini iaitu roti canai dan roti bakar. Apa yang menariknya makan di sini, adalah rotinya yang enak dan kuah cicahnya cukup rasanya dan pekat berbanding tempat lain.

Restoran Fisherman’s Grill

Restoran Fisherman’s Grill ini menyediakan hidangan yang bersaskan seafood segar yang pastinya anda tersenyum puas setelah menikmatinya. Antara hidangan yang terkenal di sini adalah seperti masakan ikan siakap, kerapu, jenahak dan banyak lagi seafood lain. Selain itu, menu berasaskan kambing, ayam dan lembu juga turut ditawarkan di sini.

Share² lah yerr..

Leave a Comment