‘Syria Go’ Satu Sindiran Keras Kepada Permainan Pokemon Go

Dalam keseronokkan bermain Pokemon Go, kita mungkin lupa tentang apa yang berlaku kepada saudara kita di Syria. Jadi, seniman dari Syria ini mengingatkan kita semula dengan hasil karya beliau.

Syria Go, satu sindiran pedas dari pereka grafik Syria, Saif Aldeen Tahhnan. Ini adalah luahan seni yang sangat menyentuh hati, ia mengingatkan kita dalam keseronokkan memburu Pokemon, jangan pernah lupa tentang apa yang berlaku di Syria. Satu pesanan mesej yang cukup mendalam.

Baca: 10 Gambar Kenangan Di Syria Sebelum Dan Selepas Perang

Dua perbezaan dunia kanak-kanak yang jauh berbeza. Di negara aman seperti Malaysia, kita mungkin seronok dan leka dengan permainan, tapi tidak bagi kanak-kanak disana. Mereka setiap hari menjadi mangsa buruan kezaliman.

Apa pun pendapat anda, bagi kami pesanan ini sangatlah bermakna dan ia patut disebarkan pada seluruh dunia.

Maklumat lanjut: Saif Aldeen Tahhan

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of