Microsoft Surface Go Kini Dibuka Untuk Pra-Tempahan

Tablet Windows 10 mampu milik yang dibangunkan oleh Microsoft kini boleh dipra-tempah di Microsoft Store, Lazada dan mana-mana kedai online.

Sumber : Microsoft Store

Microsoft Surface Go kini boleh didapati untuk pra-tempahan.

Microsoft Surface Go, tablet Windows 10, kini boleh dipra-tempah daripada Microsoft Store, Lazada dan kedai online lain-lain.

Surface Go adalah cubaan Microsoft untuk bersaing dengan tablet Apple iPad Pro. Ia juga bertujuan untuk menjadi “adik” kepada Surface Pro. Ia lebih kecil dan lebih murah berbanding Surface Pro.

Sumber : Microsoft Store

Pada masa kini, anda boleh menempah dua versi tablet tersebut. Terdapat Surface Go dengan memori dalaman 64GB, 4GB RAM dan pemproses Intel 4415Y untuk $399 (RM1749),dan juga yang mempunyai 8GB RAM dan memori dalaman sebanyak 128GB dengan harga $549.99 (RM2,399)

Kedua-duanya datang dengan fungsi sambungan Wi-Fi. Model yang mempunyai sambungan data mudah alih LTE dijangka akan tiba pada akhir tahun ini.

Pra-Tempah Versi 64GB

Pra-Tempah Versi 128GB

Pra-Tempah Aksesori