Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah Atau Sakit
Contoh surat rasmi tidak hadir sekolah adalah satu surat rasmi kepada pihak sekolah yang perlu murid hantar jika tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab-sebab tertentu seperti sakit dan sebagainya
Ketidakhadiran anak ke sesi persekolahan tidak wajar dianggap remeh. Setidak-tidaknya maklumkan kepada pentadbiran sekolah menerusi guru kelas bahawa anak anda tidak dapat hadir ke sekolah atas sebab tertentu.
Pihak pentadbiran memerlukan surat berkenaan dikemukakan ibubapa sebagai satu dokumen sah untuk simpanan dan urusan pentadbiran.
Berikut ialah dua contoh surat rasmi tidak hadir ke sekolah yang boleh ditulis guna memberi maklum kepada pentadbiran sekolah.
Contoh 1: Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah
Tarikh: 3 September 2018
Haji Latif bin Maulana
No 2019, Taman Marhaban Mulia
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tel: 019-9130 915 Tarikh: 3 September 2018
Kepada:
Guru Kelas 2 Kasih
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi
Bandar Baru Bangi, Selangor.
Tuan / Puan,
Nur Mawarna binti Latif
Pelajar Kelas 2 Kasih
Dukacita dimaklumkan anak saya, Nur Mawarna binti Latif tidak dapat hadir sesi persekolahan pada hari ini (3 September 2018) dan semalam (2 September 2018) kerana menghidap selesema dan asma yang teruk.
2. Bersama ini disertakan surat pengesahan doktor untuk rujukan dan simpanan tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
…...............................
Haji Latif bin Maulana
Tel: 019-9130 915
Contoh 2: Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah
Kassim bin Baba,
No. 1110, Jalan Harapan 1,
Taman Harapan,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Kepada:
Guru Tingkatan 1 Ikhtiar,
Sekolah Menengah Padang Baginda,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 2 Februari 2018
Tuan / Puan,
Tidak Hadir Sesi Persekolahan
Nama Pelajar: Mohd Budiman bin Kassim
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya Kassim bin Baba, bapa kepada Mohd Budiman bin Kassim dari Tingkatan 1 Ikhtiar dukacita memaklumkan bahawa anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 30 Oktober 2018.
3. Anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada tarikh berkenaan kerana perlu bersama keluarga menghadiri majlis perkahwinan abangnya di Kelantan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
………………………….
Kassim bin Baba
Semoga contoh surat rasmi memaklumkan anak tidak dapat hadir ke sekolah seperti ini dapat digunakan dalam merangka dan menulis surat makluman kepada pihak pentadbiran sekolah.