Contoh Surat Tawaran Politeknik

Ini adalah perkongsian contoh surat tawaran politeknik yang boleh jadikan rujukan secara online terkini

Surat Tawaran Politeknik

Selepas selesai membuat semakan politeknik dan didapati anda BERJAYA, anda akan dapat surat tawaran, selalunya akan dipos dan boleh juga terus muat naik dari laman mypolicc

Setiap surat tawaran mestilah dijawab, sekiranya anda gagal mengembalikan BORANG JAWAPAN TAWARAN (BJT-JPP) yang telah dilampirkan dalam tempoh TUJUH (7) hari dikira terbatal.

Selain itu jika anda tidak mendaftarkan diri semasa tarikh pendaftaran juga membuatkan kelayakan anda terbatal juga.

Pastikan semasa pendaftaran tiada percangahan dalam borang permohonan politeknik dengan dokuman asal yang bakal dikemukakan dan mengikut syarat kemasukan politeknik dengan betul. Jika didapati bercanggah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti berhak tarik balik tawaran atau tamatkan terus pengajian anda.

Semoga contoh surat tawaran ini dapat memberi gambaran serba sedikit kepada anda.

Pertanyaan Politeknik

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan politeknik boleh rujuk dan hubungi talian dibawah

Share² lah yerr..

Leave a Comment