Sudu Yang Boleh Di Makan Bakal Menggantikan Sudu Plastik

Satu inovasi yang di nantikan. Mengurangkan pencemaran dan kebergantungan terhadap sudu plastik.

Apabila peralatan makan plastik mula diperkenalkan, mungkin tiada sesiapa sedar bagaimana ia boleh merosakkan alam sekitar. Di India, sisa buangan terbesar adalah dari perkakas pakai buang.

Ini mendorong salah seorang pencipta untuk mewujudkan alternatif yang boleh dimakan atau dileraikan secara semula jadi dalam masa yang singkat jika tidak di makan.

Narayana Peesapaty, pengasas Bakeys, telah menjual 1.5 juta sudu yang diperbuat dari bahan bijirin, beras dan gandum, dan kini dia melancarkan kempen crowdfunding di Kickstarter untuk memasarkan produknya ke seluruh dunia.

Usaha ini telah berjaya mengumpul lebih sepuluh kali ganda dari sasaran asal US$ 20,000.

Menyedari pengguna India membuang sekitar 120 bilion peralatan plastik setiap tahun, Narayana mendapat inspirasi untuk mencipta jenis yang berbeza dari sudu pakai-buang.

Perkakas Bakeys dibuat untuk mampu bertahan sehingga 20 minit dalam cecair panas seperti sup dan ianya berperisa dengan beberapa rempah kegemaran India seperti halia-kayu manis, halia-bawang putih, jintan putih, saderi, lada hitam, pudina-halia, dan lobak-bit.

Terdapat juga pilihan gula bagi mereka kurang minat menambah rasa herba dalam makanan mereka.

Bakeys juga mengeluarkan sudu tiada perisa untuk pelanggan komersial, dan perkakas ini mempunyai jangka hayat dua hingga tiga tahun.

Walaupun sudu ini tidak bebas gluten kerana ia mengandungi tepung gandum, namun mereka bebas daripada organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) dan benar-benar vegan.

Dana yang diperoleh melalui kempen Kickstarter ini akan digunakan untuk meluaskan operasi dan meningkatkan pengeluaran.

Syarikat ini mempunyai kemudahan yang lengkap dan menyasarkan untuk mengeluarkan 800,000 sudu yang boleh dimakan setiap hari, dan mereka merancang memperluas pengeluaran kepada perkakas lain dalam masa beberapa bulan.

Ketika ini, kempen yang masih berbaki satu minggu ini telah berjaya mengumpulkan lebih US$ 215,000.


Kerana syarikat tersebut sudah pun mengeluarkan sudu untuk dijual di India, ganjaran yang dijanjikan akan dihantar sebaik sahaja kempen ini berakhir. Satu ikrar hanya US$ 10 akan mendapat ganjaran sebanyak 100 sudu makan dengan perasa pilihan anda.

Sudu yang boleh dimakan Bakey adalah satu alternatif yang baik untuk digunakan di rumah, tetapi apa yang syarikat itu adalah benar-benar sasarkan adalah pelanggan komersial besar, yang banyak menyumbang kepada jumlah pengunaan sudu pakai buang.

Leave a Reply