Subsidi Minyak Petrol Untuk Kereta Dan Motosikal 2020 (PSP)

Ini adalah rujukan berkaitan program subsidi petrol (minyak) PSP untuk kereta dan motor yang diumumkan oleh kerajaan sebentar tadi

Subsidi Minyak (Pengenalan)

Program Subsidi Petrol (PSP) merupakan satu bantuan kerajaan kepada rakyat dalam meringankan beban keluarga yang berpendapatan rendah di Malaysia. Ianya akan deberi dalam bentuk wang tunai dalam pembiayaan petrol atau minyak yang anda gunakan untuk kereta dan motosikal anda.

Pengagihan ini diberi dalam bentuk Equitable redistribution subsidi yang saksama dan berpandukan oleh data driven policy. Subsidi yang sedia ada bakal diubah dimana sebelumnya diberi kepada semua tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan kepada golongan sasar dan betul-betul layak dan waraganegara malaysia

Syarat Kelayakan Dapat Subsidi Petrol

  • Anda mestilah penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja
  • Ada lesen kenderaan persendirian yang berdaftar dan mempunyai Lesen Kenderaan Motor yang masih sah
  • Kadar kelayakan subsidi mengikut pemilikan kenderaan
  • Terhad kepada pemilikan kenderaan untuk individu 2 buah kereta dan 2 buah motosikal sahaja , boleh rujuk kadar kelayakan dibawah
  • Kapasiti enjin kenderaan anda juga menentukan sama ada layak atau tidak

Semakan Subsidi Minyak Yang Dimohon

Untuk menyemak sama ada anda layak atau tidak boleh rujuk semakan subsidi minyak yang akan dibuka pada 15 Oktober 2019 menerusi laman sesawang kpdnhep

Rayuan Subsidi Minyak Jika Gagal Dapat

Jika semakan kelak mendapati anda gagal sebagai penerima subsidi anda boleh buat permohonan rayuan yang akan dibuka kelak. Kategori rayuan adalah merangkumi kemaskini (update) terkini berkaitan pemilikan kenderaan atau alamat rumah anda terkni.

Info Lanjut Boleh Hubungi

Bahagian Pengurusan Subsidi Petroleum Kenderaan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Aras 2,

(Menara), No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62623 Putrajaya. Malaysia

Laman Sesawang : psp.kpdnhep.gov.my

Share² lah yerr..
Categories bantuan

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of