fbpx

‘Skyslide’ Gelongsor Kaca Pada Ketinggian 1,000 Kaki Di Udara

Gelongsor ini boleh buat jantung ada berdegup lebih laju daripada biasa.

Ini mungkin gelongsor yang paling seram pernah kami lihat, gelongsor kaca pada ketinggian 1,000 kaki di udara.

Gelongsor kaca atau Skyslide ini merupakan tarikkan pelancongan terbaru di Los Angeles. Nampak seperti tidak menyakinkan pula tapi jangan risau, gelongsor ini menggunakan kaca jenis kalis peluru dengan ketebalan 4 inci yang tahan lasak, kuat dan kukuh.

Terletak di Menara Bank A.S, anda akan dibawa meluncur dari tingkat 70 hingga 69. Untuk mencuba gelongsor ini bolehlah dapatkan tiket dengan harga $25 usd kira-kira dalam RM103.00 untuk sekali main.

Maklumat lanjut: OUE Skyspace

Categories news

Leave a Comment