Skaf ‘Anti Paparazi’ Lindungi Anda Dari Pencuri Gambar

Skaf ini selamatkan anda dari diambil gambar curi.

Virus internet atau viral boleh jadi baik atau teruk. Tidak semua perkara yang viral itu bagus, sekarang ini apa sahaja pun mahu diviralkan. Perkara seperti inilah yang membuatkan kita tidak selesa berada dalam zaman serba canggih ini.

Pernah tak gambar anda ditangkap secara curi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab? Biasanya berlaku kepada mereka yang terkenal seperti artis.

Jika ya, kami memperkenalkan skaf Ishu iaitu skaf anti paparazi. Dengan memakai skaf ini, sedikit sebanyak boleh mengurangkan risiko diambil gambar curi! Bagaimana ia berfungsi? Skaf ini akan bertindak balas terhadap ‘flash’ kamera, jika seseorang cuba mengambil gambar anda skaf ini akan memantulkan cahaya semula dan ini akan menjadikan wajah anda nampak hitam.

Skaf anti paparazi ini diilhamkan oleh Saif Siddiqui  dan ia dijual bermula pada harga $267 sehingga $478 usd bersamaan sekitar RM1900.00. Huh! Kami rasa kami masih belum cukup terkenal untuk takut dengan paparazi, rasanya kami tak perlu skaf ini. Tapi bagaimana pula dengan anda?

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Comment