Seni Dari Barang Terbuang, Artis Beri Kesedaran Tentang Pembaziran

Artis beri kesedaran tentang pembaziran melalui karya seni

Barang terbuang atau boleh juga dianggap sebagai sampah mungkin tiada nilainya dimata anda. Seorang artis dari Argentina, José Luis Torres mengumpul semula seberapa banyak barang-barang terbuang dan mengubahnya menjadi sebuah karya seni.

Kita boleh lihat hari ini, pembaziran berlaku dimana-mana. Masalah ini bukan hanya berlaku di negara kita sahaja, malah majoriti di seluruh dunia. Kadang kita terlupa masih ramai lagi orang yang hidup dalam keadaan serba daif dan kekurangan.

Menghasilkan karya seni dari sampah, artis ini membuat pelbagai arca hasil daripada barang terbuang yang berjaya dikumpulkan semula. Sesetengah daripada barangan ini dicat semula supaya kelihatan lebih cantik dan kebanyakan daripadanya masih lagi dalam keadaan elok.

Ini adalah satu cara bagaimana dia menyampaikan mesej  tentang pembaziran melalui hasil seni yang kreatif. 

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Comment