Senarai Perdana Menteri Malaysia Pertama Hingga Ke Tujuh

Perdana Menteri (PM) Malaysia ialah individu yang mengetuai pemerintah Kerajaan kita dan dibantu oleh menteri–menteri lain.

Telah banyak jasa dan sumbangan yang dilakukan untuk meningkatkan kemajuan mahupun keselamatan dalam negara kita yang tercinta ini. Seperti yang kita ketahui, Perdana Menteri kita kini ialah Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Berikut merupakan senara individu yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri di Malaysia sejak negara kita mencapai Kemerdekaan sehingga kini.

1. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1955-1970)

1. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1955-1970)

– Merupakan Perdana Menteri yang Pertama

– Dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia di atas pencapai agungnya memperjuangkan kemerdekaan tanah air sehinggalah negara kita memperolehi kebebasan mutlak.

2. Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein (1970-1976)

2. Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein (1970-1976)

– Merupakan Perdana Menteri yang Kedua

– Digelar sebagai Bapa Pembagunan Malaysia kerana jasanya dalam mengatasi masalah ketidak seimbangan ekonomi dan sosial serta membangunkan bidang tersebut di negara ini terutamanya di dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru yang masih dilaksanakan sehingga sekarang

– Merupakan Bapa kepada Perdana Menteri Keenam

3. Tun Hussein bin Dato’ Onn (1976-1981)

3. Tun Hussein bin Dato’ Onn (1976-1981)

–  Merupakan Perdana Menteri yang Ketiga

–  Dikenang sebagai Bapa Perpaduan Malaysia di atas usahanya untuk memupuk perpaduan di antara semua kaum di negara ini.

– Merupakan bapa kepada mantan Menteri Pertahanan Malaysia iaitu Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.

4. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (1981-2003)

4. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (1981-2003)

– Perdana Menteri yang Keempat lebih mesra dikenali sebagai Dr. M.

– Diberi gelaran sebagai Bapa Permodenan kerana Malaysia telah mengalami satu era modenisasi yang pantas yang menjurus kepada kemajuan teknologi di bawah tampuk pemerintahannya.

– Dinobatkan sebagai seorang pemimpin yang paling lama di Asia Tenggara dengan menjadiPerdana Menteri selama 22 Tahun.

5. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (2003-2009)

5. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (2003-2009)

– Perdana Menteri yang Kelima lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah.

– Digelar sebagai Bapa Pembagunan Modal Insan Malaysia di atas usahanya membangunkan modal insan sepanjang pemerintahannya.

6. Dato’ Seri Haji Mohamad Najib bin Tun Razak (2009-2018)

6. Dato’ Seri Haji Mohamad Najib bin Tun Razak (2009-2018)

– Perdana Menteri yang Keenam ini digelar sebagai Bapa Transformasi Malaysia kerana usahanya dalam meninggikan perkhidmatan awam, serta pengurusan ke arah membentuk kerajaan lebih trasparen.

– Antara yang diperkenalkan termasuklah menggunakan sistem Key Performance Indicator(KPI) bagi mengukur keupayaan serta kecekapan pegawai dan agensi .

7. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (2018-Kini)

7. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (2018-Kini)

– Dilantik menjadi Perdana Menteri Ketujuh pada 10 May 2018.

– Tun Dr.Mahathir mencatat sejarah sebagai individu yang menjadi Perdana Menteri sebanyak 2 kali.

– Mencipta sejarah dunia apabila beliau dilantik sebagai individu yang tertua memegang jawatan sebagai Perdana Menteri di atas faktor beliau kini yang berusia 93 tahun. (2019)

Rujukan:

1.      Wikipedia

2.      Maukerja

3.      Bharian

Share² lah yerr..