Senarai Menteri Kewangan Malaysia (1957- KINI)

Ini adalah senarai menteri kewangan (mk) Malaysia dari tahun 1957 hinggalah kini, mk merupakan jawatan terpenting dalam pentadbiran Malaysia.

1. Tun (Kol.) Hau Shaik Lee (1957-1959)

1. Tun (Kol.) Hau Shaik Lee (1957-1959)

Lebih dikenali sebagai Tun H.S Lee, beliau dilahirkan pada 19 November 1900 dan Meninggal dunia pada Jun 1988, merupakan Menteri Kewangan Malaysia pertama setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,

2. Tun Tan Siew Sin (1959-1969) dan (1970-1974)

2. Tun Tan Siew Sin (1959-1969) dan (1970-1974)

Tun Tan Siew Sin Dilahirkan pada 21 Mei 1916, merupakan anak kepada negarawan serta presiden pertama MCA iaitu Tun Tan Cheng Lock, beliau dilahirkan di Melaka dan menyandang jawatan sebagai Menter Kewangan Malaysia pada tahun 1959 mengantikan Tun H.S Lee.

3. Tun Abdul Razak Hussien (1969-1970)

3. Tun Abdul Razak Hussien (1969-1970)

Tun Abdul Razak Hussien dilahirkan pada 11 Mac 1922 dan meninggal dunia pada 14 Januari 1976, beliau menyandan jawatan sebagai Perdana Menteri Kedua dan juga sebagai Menteri Kewangan ke tiga Malaysia pada 1970 hingga 1976

4. Tun Hussein Onn (1974-1976)

4. Tun Hussein Onn (1974-1976)

Tun Husseuin Onn dilahirkan pada 12 februari 1922 dan meninggal dunia pada 29 mei 1990, beliau merupakan anak kepada Dato’ Onn pengasas parti UMNO Malaysia, menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri ketiga pada tahun 1976 hingga 1981 dan sekaligus sebagai Menteri Kewangan pada 1974-1976

5. Tengku Razaleigh Hamzah (1976-1984)

5. Tengku Razaleigh Hamzah (1976-1984)

Yang Berhormat Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah dilahirkan pada 13 April 1937 dikenali dengan nama gelaran Ku Li, beliau berasal dari negeri Kelantan.

Sebagai seorang yang pakar dalam kewangan beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan Malaysia ke 5 menggantikan Tun Hussein Onn pada 1976 hingga 1984 sebelum diangkat menjadi Menteri Perdangangan & Industri pada tahun 1984 hingga 1987

6. Tun Daim Zainuddin (1985-1990) dan (1999-2001)

6. Tun Daim Zainuddin (1985-1990) dan (1999-2001)

Tun Daim Zainuddin dilahirkan pada 11 november 1938 di Kedah, merupakan individu yang memegang jawatan menteri kewangan sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1985-1990 dan 1999-2001, beliau juga merupakan seorang usawahan terkenal

7. Datuk Seri Anwar Ibrahim (1991-1998)

7. Datuk Seri Anwar Ibrahim (1991-1998)

Dato’ Seri (Diraja) Dr. (HC) Anwar bin Ibrahim dilahirkan pada 10 ogos 1947, pernah menjawat jawatan sebagai menteri kewangan pada tahun 1991 hingga 1998 sebelum dipecat oleh perdana menteri pada ketika itu.

Kini beliau menyandang sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) merangkap ahli parlimen Port Dickson

8. Tun Dr. Mahathir Mohamad (1998-1999) dan (2001-2003)

 8. Tun Dr. Mahathir Mohamad (1998-1999) dan (2001-2003)

Tun Dr. Mahathir Mohamad dilahirkan pada 10 julai 1925, karier politiknya di Malaysia memang mengkagumkan, beliau menyandang jawatan sebagai menteri kewangan & perdana menteri sebanyak dua kali, kini beliau digelar sebagai perdana menteri paling lama berkhidmat untuk negara.

9. Tun Dato’ Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (2003-2008)

9. Tun Dato’ Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (2003-2008)

Tun Dato’ Seri Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dilahirkan 26 november 1939, di Pulau Pinang, merupakan menteri kewangan ke sembilan selepas diambil tugas oleh Tun Dr. Mahathir (penyandang terdahulu).

10. Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak (2008-2018)

10.	Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak (2008-2018)

Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Pahang, merupakan menteri kewangan ke 10 dan menyandang dua jawatan iaitu sebagai Perdana Menteri pada ketika itu, suntikan Transformasi 1Malaysia antara kejayaan yang dibina pada eranya.

11. Tuan Lim Guan Eng ( 2018- kini)

11.	Tuan Lim Guan Eng ( 2018- kini)

Tuan Lim Guan Eng dilahirkan pada 8 disember 1962 di Johor, menyandang jawatan menteri kewangan di era bertukarnya kerajaan baru dari tampuk pemerintahan Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan. Sebelum itu, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Share² lah yerr..