Saps Semakan Ibu Bapa Sekolah Rendah & Menengah 2019

Tutorial membuat saps semakan ibu bapa bagi sekolah rendah dan juga menengah secara detail.

Saps Semakan Ibu Bapa

SAPS ibu bapa merupakan sebuah sistem analisis peperiksaan sekolah yang dibangunkan oleh KPM dimana ianya bagi memudahkan para ibu bapa dan juga murid untuk menyemak terus keputusan peperiksaan mereka secara online.

Namu hanya peperiksaan peringkat sekolah sahaja boleh disemak melalui laman ini, ianya tidak menyokong peperiksaan seperti UPSR, PT3, SPM, STPM.

Berikut Adalah Cara-Caranya membuat saps semakan ibu bapa :

SAPS Sekolah Rendah (Cara Semak)

  • Langkah pertama masuk ke laman web https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php diamana paparan seperti dibawah akan dipaparkan kepada anda dan terus masukan i/c anda dengan betul tanpa “-” dan ketik butang “Cari”
  • Kalau ada masalah login sila hubungi guru kelas semasa.
Saps Semakan Ibu Bapa
  • Langkah Kedua Pilih “Negeri” tempat bersekolah diikut dengan “Daerah” mana dan “Nama Sekolah”
  • Dah betul klik butang semak
  • Langkah Ketiga pilih tahun peperiksaan anda sebagai contoh jika anda nak semak tahun peperiksaan 2018, atau 2019 ketik salah satu dari mana-mana berikut.
  • Langkah Keempat pilih jenis peperiksaan anda, sebagai contoh peperiksaan pertengahan tahun ataupun akhir tahun
  • pada bahagian sisipan kanan akan memaparkan juga nama matapelajaran serta guru matapelajaran tersebut
  • Langkah Terakhir dan selesai pilih klik terus slip peperiksaan anda dan akan terus memaparkan markah anda seperti contoh dibawah.
  • Nak cetak klik je “cetak” di hujung kiri screen anda.

SAPS Sekolah Menengah (Cara Semak)

Untuk sekolah menengah ianya sama sahaja seperti sekolah rendah cara menyemaknya. Hanya perlu memasukkan Negeri, Daerah, serta Nama Sekolah anda sahaja seperti di paparan kedua tadi.

Gred Markah Peperiksaan

Gred Markah Sekolah Rendah

MARKAHGREDKEPUTUSAN
80-100ACemerlang
65-79BBaik
50-64CMemuaskan
40-49DMencapai Tahap Minimum
0-39DBelum Sampai Tahap Minimum
THTHTidak Hadir

Gred Markah Sekolah Menengah Rendah

MARKAHGREDKEPUTUSAN
85-100ACemerlang
70-84BKepujian
60-69CBaik
50-59DMemuaskan
40-49EMencapai Tahap Minimum
0-39DBelum Sampai Tahap Minimum
THTHTidak Hadir

Gred Markah Sekolah Menengah Atas

MARKAHGREDKEPUTUSAN
90-100A+Cemerlang Tertinggi
80-89ACemerlang Tinggi
70-79A-Cemerlang
65-69B+Kepujian Tertinggi
60-64BKepujian Tinggi
55-59C+Kepujian Atas
50-54CKepujian
45-49DLulus Atas
40-44ELulus
0-39GGagal
THTHTidak Hadir

Anda juga boleh menyemak takwim jadual peperiksaan peringkat sekolah serta tarikh guru key markah sebagai rujukan tambahan.

Share² lah yerr..

Leave a Comment