Saps Ibu Bapa – Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah 2019

Stress juga masuk sistem saps ibu bapa online ni, kadang kala tengah excited nak check result peperiksaan anak, sistem tak boleh login dan slow sampai ke sudah tak dapat akses.

Benda Apa SAPS Ibu Bapa Ni?

saps ibu bapa

SAPS ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA) solusi KPM untuk ibu bapa akses check result exam sekolah anak-anak dengan pantas.

Mafaat Sistem SAPS.

Benda apa yang kita dapat dengan sistem SAPS ini korang boleh akses dan lihat keputusan yang anda nak versi kini seperti Kedudukan Dalam Kelas (KDK) Kedudukan Dalam Darjah (KDD), dan Kedudukan Dalam Tingkatan (KDT).

Manfaat lain bila wujud Saps Ibu Bapa ini adalah guru dapat akses data bagi ukur potensi murid yang dia ajar dengan kaedah TOV (Take-of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result).

Tahap Satu Tiada Peperiksaan Ke?

Dengan aada sistem ibu bapa ini dapat buat semakan pantas tanpa tunggu beri keputusan (report card) untuk murid untuk semak.

Sejak tahun 2018, tiada lagi peperiksaan untuk darjah 1, 2, dan 3 maka SAPS Ibu Bapa pun tidak ada lagi untuk tahap satu.

Apa Yang Papar Dalam Website Tu?

SAPS Ibu Bapa kita boleh lihat Slip, Markah, dan kedudukan dalam kelas anak, semua ujian bulan, peperiksaan tahun dan percubaan turut papar.

Selain itu, ibu bapa dapat semak mata pelajaran yang telah ambil, peratus anak hadir sekolah, apa yang dia capai dan banyak lagi.

Semua ujian level sekolah yang kita nak lihat seperti ujian 1, ujian 2, peperiksaan tengah tahun, akhir tahun, dan trial. Tetapi ia tidak sokong peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, Dan SPM, STPM, SVM, STAM.

Cara buat Semakan Saps Ibu Bapa.

  • First step nak buat semakan kita perlu layari laman sesawang saps ibu bapa di -> https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2.
  • Pada paparan tersebut anda hanya perlu masuk I/C dan tekan cari.
  • Pilih “Negeri” dan next “Daerah” anda dan pilih sekolah yang anda nak buat semakan tu dan terus ketik SEMAK.
  • Sattle pilih pula tahun peperiksaan anda contoh 2018,2019, atau pun 2020.
  • Dah pilih ketik semak dan ketik pula papar slip peperiksaan anda dan selesai.

Semak Saps Guna ic.

  • First Step masuk ke laman web Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah untuk anda akses lihat seperti gambar bawah dan terus masuk i/c anda dengan betul tanpa “-” dan ketik butang Cari.
  • Kalau ada masalah login anda hubung terus dengan guru kelas semasa.
Saps Semakan Ibu Bapa
  • Second Step Pilih “Negeri” tempat sekolah pastu dengan “Daerah” mana dan “Nama Sekolah”.
  • Dah betul klik butang semak.
  • Third Step pilih tahun peperiksaan anda sebagai contoh jika anda nak semak tahun peperiksaan 2018, atau 2019 ketik salah satu dari pilih tahun berikut.
  • Fourth Step pilih jenis peperiksaan anda, sebagai contoh peperiksaan pertengahan tahun atau akhir tahun.
  • pada bahagian sisip kanan ada papar juga nama matapelajaran serta guru matapelajaran tersebut.
  • Last Step dan sattle pilih klik terus slip peperiksaan anda dan terus papar markah anda seperti contoh gambar bawah.
  • Nak cetak klik je “cetak” di hujung kiri screen anda.
SAPS Ibu Bapa

SAPS Ibu Bapa Kedudukan Dalam Kelas

Kita sebagai Ibu Bapa yang nak pantau result exam dan kedudukan dalam kelas boleh lihat kedudukan sama ada dalam kelas, darjah, atau tingkatan.

Dengan kata lain, ada keadaan kedudukan anak dalam kelas agak tinggi. Namun, bila tengok keputusan seluruh darjah atau tingkatan, tidak baik.

Kalau tak faham boleh rujuk cara semak saps sekolah rendah dan menengah.

Gred Markah Saps Sekolah Rendah.

MARKAHGREDKEPUTUSAN
80-100ACemerlang
65-79BBaik
50-64CMemuaskan
40-49DCapai Tahap Minimum
0-39DBelum Sampai Tahap Minimum
THTHTidak Hadir
THTHTidak Hadir

Gred Markah Sekolah Menengah Rendah.

MARKAHGREDKEPUTUSAN
90-100A+Cemerlang Tertinggi
80-89ACemerlang Tinggi
70-79A-Cemerlang
65-69B+Kepujian Tertinggi
60-64BKepujian Tinggi
55-59C+Kepujian Atas
50-54CKepujian
45-49DLulus Atas
40-44ELulus
0-39GGagal
THTHTidak Hadir

Gred Markah Sekolah Menengah Atas.

MARKAHGREDKEPUTUSAN
90-100A+Cemerlang Tertinggi
80-89ACemerlang Tinggi
70-79A-Cemerlang
65-69B+Kepujian Tertinggi
60-64BKepujian Tinggi
55-59C+Kepujian Atas
50-54CKepujian
45-49DLulus Atas
40-44ELulus
0-39GGagal
THTHTidak Hadir

Ini untuk anda yang nak semak takwim jadual peperiksaan peringkat sekolah serta tarikh guru key markah.

PEPERIKSAANTAHUN/TINGKATANBUKATUTUP
Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)
Tahun 4 hingga Tahun 6
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
17 Mei16 Jun
Peperiksaan Akhir Tahun (PAT)Tahun 4 hingga Tahun 6
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5
1 November8 Disember
Peperiksaan Percubaan UjianTahun 619 Julai19 Ogos
Peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Tingkatan 58 September4 Oktober 4

Singkatan Perkataan Dalam SAPS.

  • SUP- Setiausaha Peperiksaan
  • GMP- Guru Mata Pelajaran
  • GK- Guru Kelas
  • KP- Kad Pengenalan
  • APDM- Aplikasi Pangkalan Data Murid
  • JPN- Jabatan Pelajaran Negeri
  • SAPS- Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Soalan Lazim (FAQ) SAPS Ibu Bapa Online.

Ini ialah soalan yang sering diskus oleh ibu bapa ketika melayari saps, kadang kait dengan masalah login, markah, nama tidak sama dan banyak lagi.

Nak Betul Nama Anak Dalam Sistem Salah Eja?

  • Ibu Bapa kena maklum terus kepada guru kelas anak untuk ubah.
  • Hanya guru boleh ubah guna sistem kemas kini nama pelajar dengan APDM.

Masuk Mykad Tapi Tidak Boleh Akses Dalam Sistem?

  • Ibu Bapa kena hubungi guru kelas.
  • Guru kelas anak terus semak semula.
  • Ada salah guru kelas akan update APDM dan lapor kepada SUP sekolah.
  • SUP akan update no kp yang tak boleh akses tadi.

Kenapa Susah Nak Masuk Portal SAPS?

  • Kadang ada banyak orang akses sistem dalam satu masa (selalu jadi).
  • Kadang ada masalah dalaman.
  • Kadang Internet anda slow.

Kenapa Nak Akses Sistem Selalu Down?

  • Macam sebelum ni bila ramai sangat orang masuk jadi jem, so, solusi sesuai cari waktu yang orang tak ramai pasti boleh akses.
  • Ini sebab space server yang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tak boleh nak tampung jumlah traffic yang banyak, tak tahu lah masa depan mungkin ada ebih laju dan efisyen.

Waktu Baik Login SAPS Ibu Bapa?

Kami boleh cadang kepada anda login ketika orang tengah tidur contoh waktu malam atau awal pagi sebelum subuh, cuma cadang saja boleh cuba.

SAPS Ni Ada APPS Smartphone ke?

Kadang kita tengok contoh dalam playstore banyak apps saps tapi bukan official dari kpm, buat masa la ni KPM hanya ada saps melalui web saja.

Macam Mana Kita Nak Simpan (Save) Web Ni Dalam Phone?

Ok ni min tunjuk cara min guna untuk bookmark link portal saps ni dalam tepon supaya nanti senang nak check boleh terus tekan tak perlu cari lagi.

Step First : Masuk portal saps macam biasa guna web sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2.

Step Second : Kalau ikut fon min tekan 3 titik hujung kanan atas utk menu.

Third Step : Dia float keluar “Add to Home Screen” tekan tu.

Fourth Step : Letak la nama apa yang sesuai Saps ke ape ke.

Fifth Step : Ketik add automatic nanti dia auto ke home screen tepon anda.

Final : Final dia keluar seperti gambar di bawah ni, so terus ketik tu dah boleh check. ikot telefon juga lain tepon lain tempat add button tu tapi kaedah sama ja.

Ibu bapa Wajib Pantau Anak-Anak.

Ramai Ibu bapa kadang tidak tahu tentang apa yang anak capai masa sekolah.

Bila hadir masa hari ambil buku laporan exam, baru kita tahu dan lihat tentang tingkah laku anak, apa yang anak belajar, aktiviti apa anak join.

Oleh itu, tidak boleh kita letak semua aktiviti anak di bahu guru sekolah semata dalam isu ini.

Saps Sistem Terbaik.

Apa yang KPM buat untuk sistem ini langkah yang baik juga.

Atleast dapat juga kita lihat tahap anak kita sejauh mana dan dekat mana perlu baiki.

Saps juga sistem yang terbaik setakat ini, kalau nak menipu markah tidak mudah seperti dahulu.

Dengan kata lain dalam buruk zaman teknologi semasa ada juga baik yang boleh kita apply dalam hidup.

Saranan Kepada Ibu Bapa.

Antara lain yang kami boleh saran ibu bapa boleh join group whatsapp bersama guru supaya tahu aktiviti semasa.

Tetapi jangan beri stress kepada guru pula. Jika anak tidak cemerlang dalam peperiksaan, janganlah lepas amarah dalam tu, guna teknologi sebaik mungkin.

Komen Tentang Sistem SAPS Ibu Bapa Ini?

Akhir sekali, jika ada salah dalam apa yang min kongsi berkait saps ibu bapa ini mohon maaf. Kami akan baiki dari semasa ke semasa sebarang kemaskini, sebarang komen, pendapat, usul boleh aju di ruang komen.

Share² lah yerr..

Leave a Comment