Anda Mungkin Tidak Percaya Rumah Secantik Ini Diperbuat Daripada Kadbod

Rumah kertas? Biar betul!

© Wikkelhouse

Macam tak percaya kami, rumah ini diperbuat daripada kertas kadbod? Biar betul? Anda juga pasti kagum dengan rekaan rumah ini. Rumah kadbod atau WikkelHouse ini dibina oleh sebuah syarikat dari Belanda, Fiction Factory.

Idea membina rumah kadbod ini memakan masa selama empat tahun untuk dihasilkan. Semua kerja-kerja proses seperti rekabentuk rumah, kualiti, binaan bahan asas dan lain-lain dilakukan dengan penuh teliti untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

Baca: Buat Rekabentuk Rumah Kucing Anda Sendiri Dengan Box Kitty

Rumah kadbod ini sangat mesra alam, ia adalah sebuah rumah yang dicipta untuk melindungi alam sekitar. Rumah ini diperbuat daripada kadbod, adakah ia benar-benar kukuh?

Ya! Proses pembuatan rumah ini dilakukan dengan sangat teliti, kerangka rumah ini disaluti dengan kepingan kadbod besar dan kuat. Pada bahagian luar rumah ini pula disalut dengan lapisan gam. Ini menjadikan rumah ini sangat kukuh dan kalis air.

Anda boleh lihat penerangan lebih terperinci tentang rumah kadbod ini pada video yang dipaparkan dibawah. Dan yang paling menarik bagi kami ialah, rumah ini jenis pasang siap dan boleh diletakkan dimana-mana lokasi yang anda mahu.

Maklumat lanjut: WikkelHouse

© Wikkelhouse

© Wikkelhouse

© Wikkelhouse

© Wikkelhouse

© Wikkelhouse

© Wikkelhouse

© Wikkelhouse

© Wikkelhouse

© Wikkelhouse

© Wikkelhouse

© Wikkelhouse

© Wikkelhouse

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Comment