Reka Robot Transformer Dari Sampah Dan Buat Taman Tema Sendiri

Seorang artis dari China menukar sampah menjadi hasil seni yang menakjubkan.

Inilah yang dikatakan buat duit dengan sampah. Zhu Kefeng menggunakan kreativitinya menggunakan sampah iaitu besi buruk untuk membuat model Transformers dan seterusnya membuat taman temanya sendiri.

Taman Tema transformers ini beroperasi di sebuah kilang terbengkalai di Jiaxing, China dengan keluasan 225 hektar. Setiap satu model adalah setinggi 10 kaki dengan menggunakan bahagian-bahagian kereta lama.

Sebelum ini, Zhu dan pasukannya menghabiskan masa selama sepuluh tahun membuat besi kitar semula dan juga arca keluli. Beliau mewujudkan taman temanya sendiri pada tahun 2010 dari hasil jualan rumahnya di shanghai.

Usahanya berbaloi apabila taman temanya berjaya menarik perhatian pelancong dan dianggap salah satu usaha yang baik untuk program kitar semula.+ Zhu Kefeng

Share² lah yerr..
Categories news

Leave a Comment