Resepi Udang Butter Milk Paling Sedap

Ini adalah cara dan resepi untuk membaut udan butter milk simple dan mudah, jom try buat dengan ikut langkah yang dikongsikan dibawah.

Cara buat udang buttermilk

Cara buat udang buttermilk

Udang buttermilk atau dikenali sebagai butter prawn antara salah satu menu wajib bagi peminat seafood, ditambah dengan kemanisan udang itu sendiri membuatkan ia bertambah sedap untuk dimakan begitu saja atau bersama nasi.

Dibawa adalah cara serta bahan-bahan yang dikongsikan oleh puan nina mirza dalam penyediaan resipi ini.

Bahan-bahan :

– 1kg Udang sederhana besar (lagi besar lagi best)
– 1/4 butter
– 1-2 biji cili padi (kalau kurang pedas boleh letak sengenggam)
– 4 pelepah daun kari
– 4-5 ulas bawang putih
– 1 biji bawang holand 
– 5 keping cheese – (guna cheesedale pon ok)
– 500 ml susu UHT atau susu cair 
– 1 sudu teh tepung jagung bancuh ngan air untuk memekatkan kuah.
– Garam secukup rasa

Bahan Untuk Perapan

– 1 sk garam
– 2 sk serbuk kari
– 1 sb tepung gandum

Cara-Cara Penyediaannya :

– Perap udang tersebut dengan bahan perapan selama 20 minit. Goreng udang separuh masak. Angkat dan ketepikan.

– Panaskan kuali masukkan butter. Cukup sekadar cairkan butter. Jangan lama sangat, nanti hangus tak sedap butter tu

– Pastu masukkan cili padi, bawang putih, bawang holand dan daun kari tumis hingga kekuninggan dan wangi.

– Masukkan susu masak hingga mendidih. Kemudian masukkan cheese. Kacau kuah guna whick supaya susu, cheese dan minyak sebati. Kalau guna senduk jer, minyak terasing ngan kuah. Tak best.

– Perasakan dengan garam secukup rasa. Tak letak pun tak pe sebab kat butter tadi dah ada garam. Atau letak lah sikit. Ikut selera tekak masing-masing. 

– Masukkan bancuhan tepung jagung ngan air tadi untuk memekatkan kuah. Terpulang kat korang kepekatan kuahnya.

– Lepas tu masukkan udang yang dah digoreng separuh masak tadi. Gaul rata. Tutup api dan sedia dihidangkan…

Rujukan :

-Nina Mirza / Penmerah

Share² lah yerr..

Leave a Comment