Resepi Tomyam Thai Mudah & Sedap

Suka makan Tom Yam? ini cara dan resepi lengkap tomyam thai ala-ala versi siam.

Ramai orang sebenarnya mempunyai masalah apabila nak memasak tom yam. Terutamanya bahan apa yang sesuai untuk memasak tomyam ala Thai ini. 

Resepi yang dikongsikan oleh Puan Afy Al Habibi ini dapat menunjukkan anda cara yang betul untuk membuat masakan tomyam thai sebenari (ala Siam)

Mari lihat bahan dan cara yang ditunjuk. 

Bahan Tumis:

– 2 batang serai dihiris serong memanjang. Ketuk bahagian umbi depannya.

– 3 tangkai cili padi

– 1 biji tomato dibelah 4

– 3 helai daun limau purut

– Serumpun batang daun sup

* sepatutnya guna daun ketumbar. Lagi pior rasa ala Siamnya

– 3 ulas bawang putih diketuk

– 1/2 biji bawang Holland dihiris memanjang

– 1 inci halia yang diketuk

– 2 hiris lengkuas

Cara-Cara:

– Setelah naik bau, masukkan potongan ayam terlebih dahulu.

– Biarkan minyak ayam keluar untuk rasa yang lebih sedap.

– Kemudian, masukkan 2 1/2 sudu besar pes tomyam.

– Untuk pes, saya suka guna jenama ni. Beli masa dapat bonus free. Jimat sangat.

– Apa-apa jenama pun boleh ye.

* tutup periuk dengan tudungnya seketika. Biarkan pes pecah minyaknya terlebih dahulu sebelum dimasukkan air.

– Seterusnya, masukkan 3 cawan air/ 600 ml.

– Kacau rata.

– Masukkan 1/2 sudip cili sos Life. 

* Masukkan juga 1 hiris perahan asam limau nipis.

Kemudian masukkan perasa

– 1 sudu kecil kfc garam

– 1 sudu besar gula

– secubit serbuk perasa

– secubit serbuk lada putih

* kuantiti ikut citarasa sendiri

* taknak letak gula pun terpulang. Tekak saya suka semua rasa yang ada. Hii

* kalau nak rasa sedikit krim berlemak yang sedap, masukkan 1 sudu besar susu cair.

– Setelah kuah mula mendidih, bolehlah masukkan sotong yang telah dikelar dan udang.

– Biarkan 2 minit sebelum ditutup api.

Rujukan :

– Afy Al Habibi