Resepi Sup Ekor Ala Thai Power Mudah & Sedap

Ini adalah cara dan resepi untuk anda membuat sup ekor, jom tengok bagaiamana ianya dilakukan dengan mudah

Cara Masak Sup Ekor

Cara Masak Sup Ekor

Sup ekor adalah sejenis masakan sup yang dimasak dengan menggunakan bahan utamanya, ekor lembu. Biasanya ia akan dimasak dengan tambahan lagi pelbagai jenis sayuran dan kentang.  

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Sup Ekor Mudah & Sedap.

Bahan-bahan:

• Ekor lembu
• Bawang putih
• Bawang besar
• Halia
• Cili api
• Kulit kayu manis
• Bunga cengkih
• Bunga lawang
• Sedikit minyak
• Air
• Sup bunjut tulang
• Daun sup
• Bawang goreng
• Garam
• Ajinomoto

Cara membuatnya:

• Letak sedikit minyak. Panaskan

• Tumis bawang putih, bawang besar, halia, cili api belah 2, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang.

• Masukkan ekor lembu yang telah dicuci.

• Masukkan air hampir penuh periuk. Biarkan mendidih.

• Letakkan sup bunjut tulang, bawang besar belah 2, cili api, daun sup, bawang goreng.

• Jangan lupa letak sedikit garam dan ajinomoto sebagai perisa.

• Biarkan sup mendidih sehingga ekor lembu empuk. Siap.

• Selamat mencuba!

Rujukan Resipi :

– Saidah Asilah Sira Juddin

Share² lah yerr..

Leave a Comment