Resepi Soto Ayam Simple Dan Sedap

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat soto ayam yang simple dan sedap untuk dinikmati

Ramai yang tidak tahu cara membuat soto, dan menganggap cara membuatnya susah. Namun resepi yang dikongsikan kepada kami adalah resepi yang amat mudah untuk anda ikuti. 

kali ini kami ingin kongsikan resepi soto yang dikongsikan oleh Puan Rosma Ros

Mari lihat bahan dan cara untuk memasak sambal Soto

Untuk Sup 
– Rempah sup adabi
– Bawang putih, bawang merah, halia(blend)
– 3, 4 ketul ayam
– Sup bunjut

1. Tumis bahan yang diblend , kemudian masukkan rempah sup adabi , masukkan air , ayam dan sup bunjut . 

2. Masukkan skali garam , gula aji sesedap rasa . Bila dah msak ayam , angkat dan racik halus.

Untuk begedil
– Ubi kentang
– Daun sup & daun bawang
– Cili padi
– Lada hitam & putih
– Isi ayam
– Bawang merah 2 ulas
– Tepung jagung
– Telur

1. Rebus kentang tapi jangan sampai empuk sangat , kemudian hancurkan . 

2. Masukkn hirisan daun sup, daun bawang , bawang merah, cili padi dan isi ayam yang dipotong halus-halus, kecik-kecik . 

3. Masukkan lada hitam dan putih , garam dan aji sesedap rasa . 

4. Masukkan dua sudu tepung jgung . Gentel dan celup dalam telur dan goreng .

Sambal Kicap 
– Bawang merah yg dh digoreng
– Bawang putih 3 ulas 
– Cili padi
– Kicap
– Asam limau . 
1. Kisar semua bahan , perahkn skali asam limau nipis dalam bahan yang nak dikisarkan itu . 

2. Kemudia letak gula dan garam sikit sesedap rasa .

Bahan-Bahan Lain 
– Taugeh celur 
– Kacang tanah goreng tanpa minyak sampai berbunyi
– Daun sup
– Goreng

Rujukan :

– Wanie Je

Share² lah yerr..

Leave a Comment