Resepi Sambal Nasi Lemak Sedap & Mudah

Ini adalah cara dan resepi mudah untuk membuat sambal nasi lemak pekat dan padu.

Cara Buat Sambal Nasi Lemak

Cara Buat Sambal Nasi Lemak

Rupanya tidaklah susah mana untuk masak sambal ini. Anda tidak memerlukan banyak sangat barang apabila memasak sambal. Apa yang pasti sambal yang dibuat anda akan berasa sedap dan meletup pedasnya. 

Sambal tidak semestinya boleh dimakan bersama nasi lemak, anda boleh juga makan bersama roti atau roti jala.

Ok, Jom lihat apa yang perlu diikuti untuk membuatnya.

Bahan-Bahan:

– Bawang besar – dipotong

– Cili kering kisar

– Serbuk belacan (jika suka)

– Gula

– Garam

– Minyak

Cara-Cara:

1. Panaskan kuali, masukkan bawang dan tumis sehingga layu

2. Kemudian masukkan cili kering kisar dan kacau sehingga sebati

3. Masukkan serbuk belacan dan kacau lagi

4. Kemudian masukkan gula dan masak sehingga rencah garing

5. Dah garing semua, masukkan air (sedikit sahaja), biarkan mendidih dan pekat.

6. Siap

Rujukan :

– Mim Nazihah 

Share² lah yerr..

Leave a Comment