Resepi Sambal Belacan Thai Padu Sampai Terangkat

Ini adalah cara dan resepi untuk anda buat sambal belacan ala thai yang memang terangkat padunya untuk dicicah

Resipi Sambal Belacan Ala Thailand

Resipi Sambal Belacan Ala Thailand

Sambal belacan ala thai ini lain sediki dari yang biasa, selalunya kita tengok sambal belacan jenis limau kasturi atau sambal belacan goreng, tapi kalini kami nak kongsikan dengan anda versi thailand pekat hot!

Mari lihat apa yang diperlukan untuk membuat sambal belacan ala thai:

Bahan-Bahan:

– 2 biji bawang holland
– 5 batang cili hidup merah
– 5 batang cili hidup hijau
– 7 biji cili api
– 1 gelas air asam jawa
– 2 inci belacan
– Sebiji tomato size sederhana
– Gula
– Garam
– Serbuk perasa

Cara- Caranya :

– Kisarkan semua, masak atas api kejap. Dah didih siap untuk dihidangkan. 

– Jangan tambah air untuk blender, hanya guna air asam jawa sahaja. 

– Kalau rajin boleh tumbuk bahan-bahan dan tambah air asam jawa. 

Rujukan :

– Nur Azlin Ali Alwi 

Share² lah yerr..

Leave a Comment