Resepi Sambal Belacan Goreng Bersama Ikan Bilis

Ini adalah cara dan resepi sambala belacan goreng yang padu sedap dan simple untuk dibuat.

Sambal belacan goreng bersama ikan bilis, nice look dan sedap kalau cuba, antara versi sambal belacan yang tidak cair dan  dan tidak terlalu kering, boleh dimakan bersama nasi, atau ulam ulaman. 

Kalau anda yang jenis minat jenis cair boleh cuba sambal belacan ala thai atau versi pekat limau kasturi.

Mari lihat bahan dan cara untuk memasaknya.

Bahan-Bahan:

– Cili api

– Segenggam ikan bilis kopek (cuci dulu)

– Seulas bawang merah

– 2 ulas bawang putih

– Air asam jawa(pes lagi mudah)

– Sedikit garam 

– Sedikit gula

– Tomato 

Cara-Cara:

– Panaskan minyak yang sedikit dalam kuali, goreng ikan bilis dulu. angkat, kemudian masukkan semua bahan2 tadi kecuali pes asam jawa n perasa

– Untuk mengelak dari merecik, tutupkan kuali dengan penutup, kecilkan sedikit api 

– Angkat bila dah agak-agak kena minyak

– Kemudian tumbuk semua, perasakan air asam, garam n gula. siap..

Rujukan :

Nur Rizan Elias

Share² lah yerr..

Leave a Comment