Resepi Puding Cincau Blueberry Sedap Unutk Pencuci Mulut

Ini ada cara dan resepi untuk membuat puding cincau blueberry, nak try boleh ikuti langkah yang diberikan dibawah

Cara Buat Puding Cincau Blueberry

Cara Buat Puding Cincau Blueberry

Puding adalah sejenis makanan pencuci mulut yang boleh dikatakan amat manis. Ia boleh dicampur dengan apa-apa bahan untuk mendapatkan rasa yang unik. Untuk resepi kali ini, kita akan menambah cincau untuk merasakan sedikit rasa tempatan. 

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang diperlukan untuk membuatnya.

Bahan-Bahan
– 20g agar-agar tali
– 5 1/2 cawan air 
– 1 cawan gula
– 1 tin susu cair/susu segar (2 cawan)
– 2 helai daun pandan (simpulkan)
– Cincau, potong dadu kecil2
– Secubit garam
– Blueberry emulco

Cara-Cara:

– Masak air bersama agar-agar hingga larut

– Masukkan gula, daun pandan, larutkan gula kemudian perlahankan api

– Ambik agar-agar dalam 1 1/2 cawan tuang dalam bekas lain, masukkan warna blueberry emulco dan keraskan dalam peti sejuk

– Boleh keluarkan agar-agar blueberry tadi dan potong menjadi dadu kecil-kecil

– Susun cincau dan agar-agar blueberry yang dipotong tadi ke dalam loyang 8×8

– Besarkan semula api. Lebihan agar-agar tadi dimasak, tuang susu cair dan masuk secubit garam. Kacau bagi sebati

– Ambil agar-agar susu tadi dalam 3 cawan, tuang perlahan-lahan dalam loyang tadi, biarkan sederhana beku

*Lebihan agar-agar dalam periuk warnakan pewarna blueberry emulco, tuang perlahan-lahan atas agar-agar susu, bekukan sederhana sejuk dan simpan dalam peti sejuk

– Keluarkan puding tadi, terbalikkan puding perlahan-lahan atas bekas/alas yang rata. Boleh dipotong ikut suka

Rujukan :

– Naemi Azhar

Share² lah yerr..

Leave a Comment