Resepi Nasi Tomato Simple Tapi Sedap

Jom kita lihat cara-cara untuk membuat nasi tomato dengan menggunakan resepi yang dikongsi oleh Zarina Md Saad

Nasi Tomato Sedap

Nasi tomato sinonimnya enak dimakan bersama acar timun & nenas beserta ayam masak merah sebagai pelangkapnya.

Apa kebaikannya nasi tomato ni? umum kita ketahui tomato itu sendiri banyak khasiatnya, antaranya adalah dapat mengurangkan rabun, mengurangkan masalah jerawat, menghilangkan kelemumur dan sebagainya[2],  jadi tak salah untuk mencubanya.

ok disini kami ingin berkongsi secara ringkas resepi nasi tomato yang sedap dan merah elok. Melalui resipi ini, kami berharap anda dapat menambah variasi dalam hidangan harian anda. 

Inilah resepi yang dikongsi oleh Zarina Md Saad kepada Viramon. 

Bahan-bahan:

1. Beras 5kg
2. Susu cair 1 tin
3. Tomato pure 2 tin
4. Minyak sapi
5. Buah pelaga. 
6. Kayu manis. 
7. Bunga lawang 
8. Kismis 
9. Kacang hijau

Bahan Tumis.

1. Bawang besar 
2. Bawang putih…
3. Buah pelaga.
4. Kayu manis. 
5. Bunga lawang

Cara-cara:

1. Masukkan beras 
2. Masuk sukatan air sama juga sukatan beras 
3. Masukkan susu, tomato pure, minyak sapi, bahan perasa, biarkan selama 45minit 4. Setelah masak, tabur kismis, bawang goreng dan daun bawang.

Selamat mencuba.

Rujukan :

[1] . Zarina Md Saad Nana 

[2] . Khasiat Tomato

Leave a Comment