Resepi Mee Kuah Undang Ketam Sotong & Daging Paling Sedap

Ini adalah cara dan resepi mee kuah seafood tambah daging yang boleh anda cuba sendiri di rumah

Cara Buat Mee Kuah Udang Ketam Sotong Dan Daging

Cara Buat Mee Kuah Udang Ketam Sotong Dan Daging

Resepi Mee Kuah, apa yang best untuk resepi mee kuah kali ini adalah terdapatnya Udang, Ketam, Sotong. dan Daging

Nak kenakan pasti bertambah sedap kuahnya bila digandingkan dengan 3 seafood dan Batang rusuk daging ini

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti.

Bahan-Bahan: (Resepi untuk 12 -15 orang makan)

Resepi kuah sahaja, bahan-bahan untuk mee sama ja.

– 3 batang rusuk daging(ikut suka nak tulang bahagian mana pun janji tulang)
– Sotong 1/2kg
– Udang kecik RM5(rebus sekali kulit lepas tu blend halus sekali air rebusan
– Ketam 5 ekor(basuh ja jgn buang kulit)

– Cili kering 25 biji(digoreng)
– Bawang besaq(5 biji)/bawang merah(20 biji)(digoreng)
– Kacang tanah dlm 3 cawan (digoreng)
*macam nak buat kuah kacang tu
–  botol kecil cili sos
– 1/2 botol kecil sos tomato
– 1/2 botol kicap
– Ubi keledek or ubi kentang 2-3 biji untuk pekat kuah(rebus n lenyek)
– Sikit air asam jawa(agak2 lah yer)
– 2 sudu lada hitam(saya sangai n kisar sendiri ..wangi jer
– Garam n gula secukup rasa.
– Nak bg sedap lagi boh 2 kiub pati daging sbb saya tak boh tok aji.

Cara-Cara:

– Rebus dulu tulang sampai empuk.air daging tu jgn buang tau sbb tu yg akan jadi kuah.
– Cabai, bawang blend 
– Kacang blend 
– Bila daging dah empuk masuk semua bahan yg blend tu.
– Masuk udang yg blend tu
– Masuk ketam
– Masuk sotong
– Pastu masuk sos cili
– Masuk sos tomato
– Masuk kicap
– Masuk garam/ gula/lada
– Masuk air asam jawa
– Masuk ubi yg dilenyek tu
–  Ok. Bila dah secukup rasa semua tutup api . Bersedia untuk tumis darat.

Bahan-Bahan Untuk Ditumis.

– Hiris 5 biji bawang merah
– 3 ulas bawang putih
–  Panas minyak tumis bawang yang dihiris sampai kekuningan lepas terus tuang dalam kuah mee(masuk sikit minyak yang goreng bawang) ,.potong daun sup dan daun masuk dalam kuah 

Selamat mencuba ikut cita rasa.

Rujukan :

– Norizah Saad

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of