Resepi Mee Bandung Muar Johor Padu Sedap

Ini adalah cara dan resepi untuk membuar resepi mee bandung muar yang super sedap dan simple untuk dihidangkan

Nice look dan sedap, resepi mee banduang muar, johor yang dikongsikan oleh saudah salleh di lama facebook nya mendapat kira-kira 12 ribu perkongsian, menjadikan resepi ni antara paling viral.

Variasi udang yang besar memang menjadi idaman bagi setiap yang sukakan mee bandung ini

Mee Bandung Muar (resepi add on je apa yg mudah dpt)

Bahan-bahan:

1 kg Mee Kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga)

½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ – 1 cawan gula pasir
3 – 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram

Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Lain lain perencah e.g. daging ayam, fish balls, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

Cara- Caranya :
– Kisar cili kering, udang kering bersama air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. Yang inilah kita bekukan untuk kegunaan waktu kecemasan.
– Pijarkan sedikit minyak didalam kuali.
– Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing.
– Masukkan sos tiram.
– Masukkan udang, daging rebus.
– Masukkan batang sawi dan air rebusan daging serta garam. Biar sehingga pekat

Tips: Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah “bancuh” sepinggan-sepinggan.)

– Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
– Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
– Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan.
– Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
– Siap untuk dihidangkan.

Rujukan :

– Saudah Salleh

– Koleksi Resepi Sedap

Share² lah yerr..

Leave a Comment