Resepi Koktail Campuran Buah-Buahan (Fruit Cocktail)

Ini adalah cara dan resepin koktail buah susu paling sedap dirasa, nak cuba buat sendiri boleh ikuti langkah dibawah

Cara Cocktail Buah-Buahan

Cara Cocktail Buah-Buahan

Fruit Cocktail adalah sejenis salad buah-buahan. Terdapat pelbagai jenis cara untuk membuat fruit cocktail ini. Jika mengikut cara tempatan, ia selalunya disediakan dengan mencampuri pelbagai buah dan dimasukkan besama susu untuk menambah kemanisannya itu.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Mix Fruit Cocktail.

Bahan-Bahan:

– 2 peket Jelly sumi 
– 2 tin susu cair ideal
– 4 sudu besar susu pekat
– 1 tin buah peach (suka brand Hosen – sliced)
– 1 tin fruit cocktail (Brand Hosen juga – premium fruits, tp time ni habis stock)
– 1 tin longan (optional la brand pape tp sy mmg suka Hosen)
– 1 bekas nata de coco
– 2 biji kuning telur
– 4 sudu besar tepung kastard
– 4 sudu esen vanilla
– 4 sudu besar gula pasir

Cara-Cara:

– Buah-buahan asingkan dan masuk terus dalam bekas hidang

– Satukan bahan2 cair (kuah dr tin peach, longan, mix fruit, nata de coco & susu cair) dlm periuk 

– Masukkan kuning telur & esen vanila

– kastard tu kacau dulu dengan air bg dia sebati bru campur dlm periuk kalau x nanti berketul2 dan burn kejadiannya (nak bg kuah pekat sikit)

– Dah satukan semua baru on api perlahan je, & masak kuah sampai sebati, x perlu panas sgt.

– Sejuk je campurkan dlm mangkuk hidang yang dah siap dengan isi buah-buahan tadi..

Rujukan Resipi :

– Bella Anies

Share² lah yerr..

Leave a Comment