Resepi Kek Span Pandan Sukatan Cawan Sedap

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat kek span pandan sedap mengikut sukatan cawan, boleh ikuti step dibawah.

Cara Buat Kek Span Mudah

Cara Buat Kek Span Mudah

Ini adalah asas kepada resepi kek span yang gebu dan lembut. Jika anda teringin membuat perasa lain, gunalah pewarna dan perasa yang berbeza. Anda boleh nikmati kek ini pada waktu minum petang.

Mari cuba memasak kek span pandan ini. 

Bahan-bahan :

• 5 biji telur ayam gred A

• 120 gm gula

• 150 gm tepung naik sendiri

• 50 ml minyak masak

• 1 sudu besar ovalette

• Pewarna hijau dan esen pandan. ( optional )

• Loyang 9 inci

Rujukan Sukatan Cawan Yang Boleh Anda Ikuti

Rujukan Sukatan Cawan Yang Boleh Anda Ikuti

Cara-Cara:

• Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.

• Mula adunkan dengan kelajuan perlahan, apabila dah sebati gunakan kelajuan maksimum sampai adunan menjadi bertanduk. 

• Akhir sekali.. tuangkan minyak masak, kaup balikkan sehingga rata. 

• Masukkan dalam loyang 9″ yang telah dilapik dengan kertas minyak.

• Bakar selama 40 minit dengan suhu 170’c atau sehinga ia menjadi golden brown di atasnya.

Selamat mencuba 

Rujukan Resipi :

– Azizi Rais

Share² lah yerr..