Resepi Kek Lumut Cheese Sukatan Cawan

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat Kek Lumut Cheese, nak cuba buat dengan buatan tangan sendiri boleh ikuti step dibawah

Cara Buat Kek Lumut Sedap

Cara Buat Kek Lumut Sedap

Kek lumut ini berupa hampir sama dengan kek coklat lapis cheese tapi yang ini berperisa pandan. Kalau anda teringin membuatnya anda bolehlah rujuk pada resepi di bawah. Memasak kek akan menjadi lebih mudah jika anda mengikut arahan dengan lebih teliti dan banyak berlatih.

Mari cuba buat kek lumut lapis cheese ini.

Bahan-Bahan: 

( loyang 8″ x 8″)

– 1 cawan tepung gandum, 1 cawan Horlicks. (Ayakkan)#
– ½ cwn gula halus
– 250g butter @ mentega
– 4 biji telur gred A
– Pewarna hijau secukupnya
– 4 sudu besar sri kaya
– 1/4 cawan susu pekat
– 1 sudu kecil esen vanila

Bahan-Bahan Lapisan Cheese
– 250g cream cheese 
– Sebiji telur
– 1/2 cawan gula halus
– 1 SB tepung gandum 
– 1 SB air masak

Cara-Cara:

– Sediakan pengukus. didihkan air, griskan loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung
– Pukul butter bersama gula hingga berkrim. Gunakan kelajuan maksimum.
–  Gunakan mixer sederhana, masukkan telur sebijik dan pukul lagi..lakukan proses sehingga telur habis 
– Masukkan sri kaya susu, pewarna hijau cecair. Mixer speed sederhana 

– Masukkan bahan bertanda # sedikit demi sedikit sehingga habis.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian
Kukus bahagian pertama selama 40 minit

– Selepas tu boleh buat adunan cheese

– Mixer cream cheese bersama gula halus kemudian masukkan air dan tepung. Mixer speed sederhana sehingga sebati.

– Selepas 40 minit bolelah kluarkan adunan pertama dari pengukus
– Letakkan lapisan cheese ratakan menggunakan sudu (adunan sedikit pekat)
– Letakkan pula adunan kedua (adunan kek lumut yg kedua) dan kukus selama 1jam 40 minit @ sehingga masak….
Tunggu sejuk baru kluarkan dari loyang dan potong..kalau x sabar nak mkn kerak dekat tepi2nya pun bole…hihihi

# Jangan lupa tutup loyang menggunakan foil.
# Jangan lupa tutup penutup periuk dengan kain
# Kek lumut boleh dikukus tanpa cheese. (Dah siap mixer adunan kek terus kukus dan tunggu masak)
# Kalau nak kek tahan lama bolelah kukus 4 jam ke atas

Rujukan Resipi : 

– Fadzilah Rasit

Share² lah yerr..